Masalah yang saya utarakan dalam bahagian ini ialah keegoaan sesetengah orang-orang kita (Melayu) yang berlagak mengunakan bahasa asing sebagai bahasa pengucapan mereka. Mereka berucap pula bukan setakat dalam hal yang melibatkan perbualan seharian malahan dalam pengucapan dalam urusan rasmi. Sedangkan negara kita sudah mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan negara ini. Malah ada orang menjadi tumpuan ramai tidak ada rasa bersalah mengatakan dirinya teras bodoh apabila berucap mengunakan bahasa Melayu. Sedangkan dirinya merupakan anak jati negara ini serta lahir dalam keluarga berbangsa Melayu.
Sikap meragui dan mempersoalkan kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku di negara Malaysia. Kini sepatutnya rakyat Malaysia untuk terus berusaha memajukan dan menambahkan istilah dan penggunaan bahasa Melayu. Disamping itu, mendaulatkan bahasa Melayu sehingga bahasa ini menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rakyat Malaysia tercapai.
Namun perkara yang melibatkan kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan sangat dikesali. Malahan kebanyakan tokoh-tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun dalam majlis rasmi sekalipun. Ternyata tokoh-tokoh dan segelintir rakyat Malaysia tidak mencontohi teladan negara seperti negara Jepun, Itali, Rusia dan Perancis yang mengutamakan bahasa mereka ketika berucap.
Rakyat Malaysia kelihatan tidak suka mengunakan bahasa Melayu ketika berhubung sesama sendiri. Sudah separuh abad merdeka dan dalam tempoh ini juga rakyat Malaysia dididik berbahasa Melayu masih belum berhasil. Rakyat Malaysia harus memperlengkapkan diri mereka dengan nahu linguistik mereka tentang bahasa Melayu.
Kesimpulannya, semua harus berfikiran positif dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu sebenarnya mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu termasuklah bidang sains dan teknologi. Sekiranya rakyat yakin dengan bahasa ini, maka perjuangan menegakkan bahasa Melayu akan berjaya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan mantap dan kukuh. Bahasa Jiwa Bangsa. Maju Bahasa Maju Negara.
Sekian luahan masalah saya.
No comments:
Post a Comment