Wednesday, February 23, 2011

Penggunaan Kata

Penulisan mengutamakan penggunaan kata yang mudah dna langsung untuk memenuhi ciri kejelasan dan untuk menggelakkan kekaburan. Fakta yang menarik, umum dan interpretatif, sedapat mungkin dielakkan dan digantikan dengan kata yang khusus, sedrhana dan tidak mempunyai tafsiran yang pelbagai. Kata lain yang dielakkan penggunaannya ialah slanga, singkatan, istilah teknikal dan perkatan penting. 
Slangan merupakan unsur subbudaya begi sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat dan oleh sebab itu bukan merupakan bahagian daripada kosa kata umum yang dikuasai oleh khalayak keseluruhannya. Demikian juga singkatan merupakan satu bentuk yang tidak formal dan untuk memenuhi keperluan khalayak. Sekalipun difahami,bentuk itu adalah bentuk tidak formal. Dalam pada itu, kata atau istilah teknikal lebih merupakan kosa kata yang digunakan dalam laras bahasa ilmiah dan saintifik, bukan untuk laras berita yang khalayaknya jauh lebih luas. Bagaimanapun, istilah yang telah meluas penggunaannya dan perlu digunakan untuk kejelasan maklumat doleh digunakan. Kata-kata asing pula sedapat mungkin dielakkan oleh sebab khalayak penulisan bahasa Melayu tidak semuanya terdiri daripada orang terdedah dengan bahasa asing.
Di samping itu, penulis perlu berhati-hati dalam penggunaan kata yang bersifat menilai atau melabel seperti kata pejuang, penjenayah, pengganas, fanatik, penyeleweng dan sebagainya.. Kata-kata sedemikian jika tidak disertai bukti yang sahih akan menimbulkan ciri tidak objektif dalam pemberitaan. 
Demikian juga ,kata adjektif yang umum  dan tidak merujuk kepada kuantiti atau ukuran atau pernyataan yang dapat diverifikasikan sedapat-dapatnya dielakkan dan digantikan dengan kata yang lebih konkrit. Sebagai contoh, kata maju, cemerlang , baik, dahsyat dan sebagainya merupakan adjektif yang sangat umum.  Kata maju, misalnya lebih sesuai dengan pendapatan perkapita atau peratus sumbangan industri kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, penggunaan adjektif sedemikian boleh digunakan asal sahaja, disertai pernyataan atau penjelasan yang dapat diverifikasikan.
Begitulah perbincangan tentang penggunaan kata dalam penulisan.

Halangan dalam komunikasi Lisan

Semasa kita berinteraksi dengan seseorang kadang kala perkara yang kita sampaikan tidak dapat difahami oleh penerima dengan baik atau tidak di terima langsung. Hal ini menunjukkan komunikasi antara dua belah pihak tidak atau kurang berjaya kerana mesej yang disampaikan tidak sampai kepada penerima. Apabila perkara ini berlaku terdapat kesan lain  yang timbul yang boleh menyebabkan perselisihan pendapat atau salah faham antara pemberi dan penerima maklumat. Oleh sebab itu pemeberi harus mengena pasti perkara-perkara yang boleh menghalang komunikasi agar mesej yang disampaikan dapat diterima dan difahami si penerima dengan baik dan jelas. 
Komunikasi lisan mengunakan bahasa yang mungkin disalahertikan dan berubah menjadi konflik komunikasi yang sukar dibendung. Terdapat banyak halangan yang menjadikan komunikasi kurang berkesan. Antara sebab yang menghalang komunikasi lisan ialah penerimaan atau andaian bahawa bahasa mempunyai satu makna tertentu sahaja. Kesukarana memahami bahasa atau salah faham maksud menyebabkan komunikasi kurang berkesan. Di dalam komunikasi, seseorang harus sensitif terhadap penerima mesej atau mengkaji konteks di mana komunikasi lisan digunakan supaya majsud difahami dan diterima dan diinterprestasi seperti yang dimaskudkan.
Halangan komunikasi lisan juga disebabkan perbezaan budaya. Bahasa dalam komunikasi lisan memberikan mesej yang berbeza dalam budaya yang berbeza. Bahasa yang generik hanya difahami oleh golongan tertentu. Dalam budaya konteks rendah di Amerika, perkara yang diucapkan merupakan tujuan ia dikomunikasikan dan menepati perkara yang dimaksudkan oleh komunikator. Pendekatan serta maksudnya jelas dan terang malahan tiada interprestasi tersirat disebaliknya. Berbeza dengan konteks budaya tinggi pula sebaliknya dengan konteks budaya rendah. perkara yang dikomunikasikan dalam budaya tinggi merupakan interprestasi menurut konteks amalan. Perkara ini mengambil kira perasaan dan tanggapan yang tersirat. Walaupun bahasa sesuatu bangsa itu dapat difahami dan diaplikasi, kegagalan untuk menyesuaikan bahasa tersebut dengan amalan etnik budaya akan menimbulkan masalah dalam komunikasi lisan.Berkomunikasi dengan seseorang yang telah berumur perlu mengunakan bahasa yang sesuai. Dati keadaan yang digambarkan di atas, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam komunikasi lisan dalam konteks budaya yang berbeza-beza. Kegagalan memahami atau menyesuaikan komunikasi dengan amalan budaya akan seringkali menimbulkan salah faham. 
Perbezaan individu juga menjadi penghalang komunikasi lisan. perbezaan pada individu dapat dilihat dari latar belakang diri, bangsa, etnik, budaya amalan dan juga gender. Banyak kajian yang dijalankan mengenal pasti perbezaan antara wanita dan lelaki. Namun  wujud juga stereotaip terhadap gender yang halangan dalam komunikasi lisan.
Begitulah perbincangan seba sedikit tentang halangan dalam komunikasi lisan.

Friday, February 18, 2011

Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu

Komunikasi lisan digunakan sejak zaman Aristotel untuk tujuan memujuk atau mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu mengikut apa-apa yang dikehendaki. Sebagai sumber cara percakapam di hadapan khalayak, kelancaram dan kefasihan berbicara amat diperlukan. Inilah yang dikenali sebagai penucapan lisan yang menggunakan bahasa untuk mempengaruhi proses berkomunikasi kerana bahasa memiliki fungsi berikut :
1. Menjelaskan makna mesej tersurat dan tersirat.
2. Membantu menguasai realiti komunikasi yang berlaku.
3. Membolehkan proses berfikir, menginterprestasikan dan memilih.
4. Membentuk identiti individu atau sosial.
5. Membantu pencarian dan perkongsian maklumat.
6. Menyesuaikan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi.
7. Memantau proses berkomunikasi yang berkesan.
Dalam membicarakan sesuatu secara lisan, penggunaan bunyi dan makna boleh ditafsirkan secara berasingan. Ini boleh dinilai semasa sesuatu disampaikan. contohnya "saya tidak bersetuju dengan pendapat anda". Dari segi perkataan, seseorang akan beranggapan bahawa seseorang mendengar pengucapan dengan jelas, pengucapan tersebut akan difahami penyampaiannya. 
Jika mengucapkannya berlaku dengan nada yang kasar yang diikuti perlakuan, seseorang akan mengetahui apa-apa sebenarnya tersirat di sebalik perucapan tersebut. Daripada penggunaan bahasa, kita juga mampu mewujudkan suasana yang dikehendaki. Suasana tersebut mungkin sesuatu keadaan yang mengembirakan ataupun sebaliknya. Dengan berbahasa juga seseorang mampu memperdayakan orang lain atau suasana. Bahasa juga mengandungi perkataan-perkataan yang menguji minda seseorang, Bahasa mempunyai makna unik dan tersendiri mengikut apa-apa yang ingin disampaikan. Bahasa yang digunakan membolehkan seseorang mengubah sesuatu struktur ayat mengikut kehendak dan keperluan setiap individu ketika berkomunikasi.
Begitulah perbincangan yang dapat saya berkongsi bersama pembaca berkaitan dengan komunikasi lisan.

peranan bahasa

Peristiwa yang menarik perhatian saya hari ini ialah berkaitan dengan peranan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Semasa di kuliah sedang berlangsung jelas menunjukkan bahawa bahasa sangat penting untuk tujuan menyampaikan ilmu. Tanpa bahasa sebagai alat komunikasi sudah tentu penyampaian ilmu tersebut tidak tercapai.  Selain daripada peranan bahasa untuk menyampaikan maklumat bahasa juga mempunyai fungsi bahasa yang lain. Fungsi bahasa akan dibincangkan dalam penulisan ini secara ringkas pada hari ini.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Bahasa sangat berguna kerana tanpa bahasa masyarakat sukar untuk melakukan sesuatu. Bahasa terdiri daripada sistem atau lambang, bukti atau simbol untuk menghuraikan perasaan, idea dan maksud. Bahasa menyatakan inti pati pemikiran, terutamanya dalam komunikasi, sama ada lisan atau tulisan. Bahasa melibatkan nahu, tatabahasa, perkataan dan bunyi serta makna. menerusi bahasa yang betul, mesej dapat difahami dan disampaikan kepada si penerima.
Bahasa penting untuk proses pertukaran maklumat. Ini membolehkan seseorang membentuk kategori dan menginterpretasi situasi yang berlaku dalam alam sekeliling. Melalui bahasa juga, maklumat diperoleh dengan menerang, mengambar dan menyatakan sesuatu yang telah didapati, malah dapat menyampaikannya kembali kepada seseorang yang lain. perkongsian maklumat menerusi bahasa amat penting. Disinilah bukti bagi keperntingan  bahasa dalam komunikasi. bahasa yang difahami akan membantu komunikasi yang berkesan. 
Selain daripada bahasa digunakan untuk memperoleh maklumat, bahasa juga digunakan untuk menceriakan suasana. Semasa situasi tegang, bahasa digunakan untuk menceriakan suasana seperti berbual-bual, menulis surat, bercakap atau bertutur. Daripada berinteraksi, manusia mampu mengubah situasi, di samping meningkatkan keyakinan diri. 
Bahasa digunakan mengawal dan meluahkan emosi. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan dan isi hati. Seseorang  yang mengalami tekanan boleh meluahkan perasaan dengan menjerit sekuat hati atau berkongsi masalah dengan berdoa, menulis dan bercerita. Apabila semua masalah sudah diluah secara tidak langsung tekanan dapat dikurangkan. 
Rahsia yang disimpan dilubuk hati dapat disampaikan dengan tepat dalam bahasa yang jelas dan terang. Pada masa yang sama, dengan mengunakan parabahasa, maksud sebenar sesuatu ayat atau kebenaran dapat disembunyikan. Penggunaan bahasa sedemikian selalunya mempunyai tujuan tertentu, seperti mengelakkan daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak yang sedang berkomunikasi. Bahasa yang ramah bunyi atau mesra nada boleh menjalinkan sesuatu hubungan dengan seseorang. Begitu juga sebaliknya. Jika kita menyenangi seseorang, kita akan menelefonnya untuk bertanya khabar atau menghantar emel yang bertujuan mengeratkan hubungan dan berinteraksi mesra antara satu sama lain. Dalam keadaan yang sebaliknya pula, jika seseorang itu tidak disenangi atau dibenci kerana perlakuannya, pasti seseorang itu akan mengelak untuk bercakap dengannya. 
Bahasa boleh juga untuk mengawal perlakuan atau keadaan. Bahasa berfungsi mempengaruhi, mewujudkan , memujuk atau menguasai persepsi atau penerimaan orang lain. Dalam kebanyakkan situasi, bahasa mempengaruhi keadaan. Mesej dalam bahasa diinterprestasi dalam pelbagai konteks penerima. Bahasa juga kadangkala menimbulkan konflik apabila salah tafsir.
Begitulah fungsi bahasa yang dibincangkan dalam lembaran ini. diharapkan dapat membantu para pembaca mengenalpasti peranan bahasa dalam kehidupan kita.

Tuesday, February 15, 2011

Kepentingan Laras Bahasa

Semasa membaca surat khabar saya suka bahagian hiburan. Bahagian mempunyai bahasa yang santai dan senang untuk difahami. Bahagian yang tidak saya sukai atau tidak akan saya sentuh ialah bahagian sukan. Kemungkinan saya tidak menyukai bahagian sukan adalah kerana laras yang digunakan oleh media tidak menepati cita rasa saya yang suka santai. Bahagian ini juga mengunakan perkataan yang sukar difahami. Cuma orang yang arif dan faham dengan istilah-istilah yang digunakan dalam bahagian ini sahaja yang mengerti perkara ini. Selain daripada bahagian ini saya juga memerhatikan bahawa banyak lagi laras bahasa dalam surat khabar, misalnya laras sains, laras teknikal, laras agama, laras klasik dan laras akdemik. Semua laras ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat membezakan mereka antara satu sama lain. Saya ingin membantu semua pembaca mengenali setiap jenis laras bahasa tersebut.
Laras bahasa merupakan ciri bahsa yang bersifat universal. Perbincangan ini tidak terlepas dari membincangkan dua konsep iaitu pengguna dan penggunaan. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza melahirkan laras. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini juga mewujudkan situasi dan faktor yang berlainan. Laras merujuk kepada gaya dalam penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan, manakala penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Laras bahsa boleh dikatakan sebagai unsur bahasa.
Laras bahasa umum digunakan untuk menerangkan sesuatu topik khusus kepada pembaca atau pendengar yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang sama bidang. Laras teknikal bermaksud semua jenis teks dalam semua bidang kepakaran. 
Laras agama digunakan untuk menerangkan topik dengan tujuan khusus. Satu ciri psikologi terhadap laras agama, penganut menganggap teks laras agama sebagai sesuatu yang mulia dan suci. Laras bujukan ialah mengimbau, memanggil, meminta, memohon atau menyeru supaya pendengar atau pembaca bersetuju, lalu mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu. Laras klasik terdapat dalam karya Melayu lama seperti dalam hikayat dan kitab kuno. Laras klasik ini sebenarnya adalah bahasa Melayu lama. 
Laras iklan terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Media iklan adalah bentuk seperti bunyi, bahan cetak dan pita filem. fungsi utama laras ini adalah untuk memperkenalkan dan menjual objek yang diiklankan. laras iklan adalah bentuk bahasa pujukan yang terpenting dan paling meluas penggunaannya. 
Laras sastera pula mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. bezanya, bidang yang diperkatakan itu adalah tentang bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Laras jenis perniagaan digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Begitulah serba sedkit jenis laras bahasa yang saya kongsikan bersama pembaca semua.

Monday, February 14, 2011

Mempelajari Bahasa Asing

Bahasa asing yang saya maksudkan dalam tajuk di atas ialah bahasa selain daripada bahasa Melayu. Masyarakat Malaysia sudah semestinya mempunyai banyak etnik selain daripada masyarakat yang berbangsa Melayu. Mereka sudah pasti menggunakan bahasa etnik mereka sendiri untuk berinteraksi antara satu sama lain. Apabila mereka berada di luar pula barulah mereka mengunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi antara rakyat Malaysia. Lumrah manusia ingin meneroka dan menguasai lebih banyak bahasa dalam kehidupan mereka menjadi kelebihan kepada mereka yang menggunakan banyak bahasa. Malahan ini memberi penghormatan kepada bahasa tersebut kerana terdapat orang etnik lain yang berjaya menuturkan bahasa tersebut. Hal ini bermaksud telah bertambah orang yang menjadi kepada pengguna bahasa tersebut. 
Oleh sebab kerana ingin mengenali bahasa lain, saya mengambil kursus bahasa Jepun dan Mandarin kerana ingin menyumbang kepada bilangan penutur bahasa tersebut. Walaupun bahasa tersebut tidak dituturkan dengan sempurna, cukuplah sekadar saya mengetahui asas bahasa tersebut. Malahan saya mengaplikasi bahasa ini dengan kawan yang sama-sama mengambil kursus ini. kami berasa seronok kerana dapat berinteraksi serba sedikit dengan kawan yang berbahasa Mandarin dengan mengunakan bahasa Mandarin. 
Cadangan saya supaya kita jangan terikat dengan bahasa etnik kita sahaja.Kita sepatutnya sedaya upaya mempelajari bahasa lain. Hal ini sangat penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan. Hal ini dapat dibuktikan dengan cara etnik -etnik yang lain harus menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan interksi antara bangsa Malaysia. Sekiranya negara kita tidak ada bahasa rasmi yang digunakan maka sukar untuk negara kita untuk mencapai keharmonian kerana tidak ada interaksi antara rakyat Malaysia yang mesra.

Friday, February 11, 2011

Bahasa Slanga

Hari ini saya melihat beberapa kelompok remaja yang sedang rancak berbual. apabila saya cuba mendengar perkara yang diperbualkan oleh mereka  terdapat beberapa perkatan yang tidak pernah saya dengar didengari daripada mereka. saya sungguh tertarik dengan perktaan tersebut dan mencuba mencari dalam kamus. ternyata perktaan tersebut tidak wujud dalam kamus. berdasarkan penelitian tersebut ternyata bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa slanga.
Bahasa merupakan wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. oelh sebab itu bahasa ini menjadi keperluan kepada sosial, bahasa menjadi alat penting dalam penyampaian maksud. bahasa ialah satu sistem lambang pertuturan arbitirari yang digunakan manusia sebagai alat komunikasi. Saya dapat memerhatikan bahasa bahasa kita di Malaysia ini terdapat pelbagai dialek. Setiap negeri malahan daerah sendiri mempunyai dialek tertentu yang membezakan penduduk tersebut dengan yang lain. selain daripada dialek atau juga dikenali bahasa slangan tidak tergolong dalam bahasa baku dan mempunyai taraf rendah yang hanya digunakan khusus oleh golongan remaja. pada asalnya bahasa slanga bermaksud telor, dialek atau longhat. 
Perkataan yang digunakan dalam bahasa ini tidak wujud dalam kamus bahasa kita. bahasa Melayu yang dinamik dan menerima perktaan diluar kamus adalah sangat baik untuk memperkasa bahasa Melayu. walaubaimanapun, kebaikan ini disalahgunakan dengan mencipta istilah sendiri. golongan remaja dan kelompok sosial tertentu menjadikan bahasa ini satu kebiasaan semasa berinteraksi. malahan golongan ini bijak mengaplikasikan perkataan yang digunakan dalam bahasa seharian sebagai perkataan mereka. tetapi maksud perkataan tersebut hanya difahami oleh golongan mereka sahaja. hal ini sama dengan peristiwa yang dilalui oleh saya. saya seperti mendengar perkataan tersebut tetapi apabila saya melihat dalam konteks ayat ternyata perkataan tersebut tidak padan dengan ayat itu. 
sekiranya penggunaan bahasa ini menjadi kebiasaan kepada penutur secara tidak langsung mereka juga terbawa-bawa dalam ucapan formal mereka. oleh sebab itu bahasa slanga tidak harus menguasai segenap bahasa kita sehingga meghilangkan kesucian bahasa Melayu yang formal dan baku.

Bahasa Istana

Bahasa Melayu memang dikenali sebagai bahasa yang sangat mementingkan sopan dan santun semasa berbahasa. sikap ini telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi sehingga melahirkamn beberapa kategori bahasa tertentu seperti bahasa istana, bahasa basahan, bahasa dalam, bahasa pasar dan sebagainya. bentuk bahasa ini diucap oleh golongan dengan berdasarkan tempat dan masa tertentu melambangkan tertib dan harmoni rakyat Malaysia. saya ingin mengajak pembaca untuk mengenali bahasa istana. saya berminat mengkaji bahasa istana ini kerana tertarik dengan adat dan istiadat yang terdapat dalam sesebuah istana. Melalui tontonan video berkaitan dengan bahasa istana ini saya ingin berkongsi dengan anda maklumat berkaitan dengan bahasa ini. 
Bahasa istana ini telah dipertuturkan sejak zaman silam lagi hinggalah sekarang oleh golongan istana. bahasa ini memperlihatkan beberapa ciri yang sama dengan bahasa klasik. bahasa ini memang diperturunkan sejak zaman dahulu lagi sehinggakan kesan penggunaan bahasa ini dapat dilihat sampai sekarang. walaubagaimanapun terdapat banyak perubahan bahasa tersebut. ciri-ciri bahasa ini khusus mengambarkan keindahan, keunikan dan kekayaan budaya Melayu. saya ingin mengetengahkan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu yang dapat menjadi panduan kepada pembaca semasa berhubung dengan golongan istana ini.
Ciri-ciri penting bahasa istana ialah bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu. bahasa istana juga mempunyai ciri pengulangan, pemulukan dan pendinaan. ungkapan di raja ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis. 
Ungkapa rutin bahasa sudah jumud, iaitu tidak berubah. dari segi penggunaan melibatkan konteks-konteks tertentu sahaja, khususnya dalam memberikan penghormatan, memulakan sembah, menyatakan sembah, berbesar hati atau berterima kasih. ungkapan leksikel pula merujuk kepada komponen bahasa yang memuatkan semua maklumat makna dan penggunaan kata. leksisi juga merupakan kosa kata atau penbendaharaan kata. leksis boleh terdiri daripada kata, istilah bukan pinjaman. perbendaharaan kata leksis dalam bahasa istana ialah kata yang mempunyai makna denotasi dan konotasi.
Begitulah ciri-ciri bahasa istana yang dapat saya kongsi bersama anda semua. diharapkan perkongsian seba sedikit ini dapat membantu anda semua mengenalpasti bahasa istana.