Peranan Seni Dalam Agama
Seni merupakan sinonim dengan bahasa kerana seni merupakan salah satu simbol bahasa bukan lisan yang mengambarkan kehidupan sebenar masyarakat. Budaya masyarakat juga tampak dalam seni ini.
Semua manusia di muka bumi ini sudah pasti mempunyai anutan agama atau kepercayaan masing-masing. Cara penyembahan serta mempersembahkan diri kepada Tuhan masing-masing adalah berbeza-beza mengikut kepercayaan sendiri. Misalnya agama India mempunyai pelbagai nama patung yang mereka puja dan sembah. Setiap patung berbeza nama,rupa dan bentuk. Perkara yang kita tidak sedari sekarang ialah semua hasil bentuk patung itu merupakan hasil daripada seni. Semua penghasil patung-patung tersebut mempunyai bakat yang sangat hebat dalam bidang seni sehingga mereka mampu menghasilkan benda yang begitu unik. Bukan semua orang mampu melakukan ukiran ini jika tidak mempunyai asas-asas dalam bidang ini..
Oleh sebab itu, kita harus menghargai seni itu. Hal ini kerana seni mampu membantu kita menghubungkan diri dengan Maha Pencipta kita semua. Kepentingan seni dalam bidang agama harus diketahui orang ramai agar mereka menyedari sumbangan bidang ini dalam bidang kerohanian. Walau bagaimanapun, cara untuk memperkenalkan kepentingan seni ini dalam bidang agama bukan perkara yang mudah jika tidak ada kerjasama daripada pelbagai pihak. Sekiranya tidak ada pihak yang mengakui kepentingan seni ini dalam agama matlamat untuk memartabatkan seni ini terutama seni visual maka usaha adalah sia-sia. Cadangan yang berkesan harus dapat difikirkan untuk memartabatkan seni ini di mata masyarakat.
Cara yang boleh digunakan ialah dengan mengunakan para pelajar di sekolah mengenali sumbangan seni dalam bidang agama. Para pelajar ini dibawa melawat tempat-tempat yang menghasilkan pelbagai bahan untuk upacara ritual ini. Aktiviti ini bertujuan untuk membuktikan bahawa seni sangat penting untuk menghasilkan pelbagai bahan untuk sembahyang. Selain daripada penghasilan seni sebagai cara untuk menghasilkan bahan sembahyang, seni juga dapat dilihat dalam bidang seni reka rumah sembahyang. Seni reka bentuk rumah sembahyang untuk beribadat ini terhasil daripada pereka seni yang begitu pakar dalam seni bina. Segala ukiran daripada yang visual kepada yang tampak sehingga terbentuknya rumah ibadat ini bermula daripada kepakaran seorang seni. Misalnya Masjid, Kuil, Tokong dan Gereja mempunyai reka bentuk yang berbeza mengikut kepercayaan penganutnya. Pereka bentuk rumah ibadat ini sangat teliti semasa menyumbangkan tenaga menghasilkan reka bentuknya.
Begitulah pemikiran saya dalam peranan seorang guru memartabatkan seni.
No comments:
Post a Comment