Tuesday, March 8, 2011

Cerpen

Apakah hobi anda?
Sudah pasti setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Semestinya hobi tersebut merupakan perkara yang paling di minati oleh anda. Saya juga tidak terkecuali mempunyai hobi. Saya suka membaca bahan-bahan bacaan yang santai dan bukan ilmiah. Contoh bahan bacaan yang mejadi kegemaran saya ialah bahan bentuk naratif atau kreatif. Misalnya cerpen dan novel. Hari ini saya membaca satu kumpulan cerpen yang dikumpulkan menjadi antologi cerpen. Setiap cerpen tersebut mempunyai tema yang berbeza-beza. Tema kehidupan, alam sekitar dan sebagainya terdapat dalam kumpulan cerpen tersebut. Cerita pendek yang dipaparkan mempunyai kisah yang tersendiri dan diolah mengikut kreativiti penulis itu sendiri.
Pada hari ini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengenali serba sedikit tentang cerpen. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Oleh itu untuk perbincangan yang seterusnya saya ingin mengajak anda mengenali konsep cerpen.
Cerpen merupakan hasil tulisan kreatif seseorang pengarang berdasarkan pengalaman dan imaginasinya. Dalam sesebuah cerpen semestinya terdapat pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca sama ada untuk dijadikan sebagai panduan hidup, menimbulkan sesuatu fikiran khusus ataupun memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Pengarang akan mempersembahkan cerpennya dengan menggunakan cara pengolahan, susunan peristiwa dan pemilihan diksi yang sesuai. Maka, boleh dikatakan bahasa yang digunakan dalam sesebuah cerpen itu adalah suatu elemen yang terpenting bagi memastikan keberkesanannya. Kebiasaaanya, bahasa yang digunakan dalam cerpen adalah bahasa yang indah serta mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dalam analisis bahasa dalam cerpen, pemahaman cerpen oleh seseorang pembaca dititkberatkan. Sekiranya pembaca tidak dapat memahami cerpen tersebut, maka boleh dikatakan wacana bahasa dalam cerpen tersebut tidak mencapai tahap ketekstualan.
Begitulah serba sedikit pengetahuan yang saya perolehi dan dikongsikan dengan anda semua. Semoga kita berjumpa di lain masa dan waktu serta dengan topik yang berlainan pula.

No comments:

Post a Comment