Saya terpanggil untuk mencurahkan idea saya dalam ruangan ini setelah saya membaca novel
"Bagaikan Puteri" karya Ramlee Awang Murshid. Saya dapati novel ini sangat menerapkan kesantunan budi bahasa di dalam watak cerita ini. Terutamanya watak Laksamana Sunan. Oleh itu saya huraikan serba sedikit tentang unsur menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat yang diterapkan dalam novel ini.
Tuntutan agama Islam merupakan menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat serta memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam telah mensyariatkan hukum halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Justeru setiap Muslim wajib memelihara halal dan haram dalam setiap perkara. Misalnya dalam pemakanan Muslim harus memberi perhatian kepada makanan yang dimakan agar benda haram tidak masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya menjadi daging mereka. Hal ini kerana daging yang tumbuh daripada sumber yang haram maka api nerakalah menjadi tempatnya di akhirat. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi perkara haram yang lain perlu diberi perhatian kerana perkara yang diharamkan selain pemakanan amat luas dan banyak. Contohnya meliputi gaya hidup, perbuatan, persepsi dan pandanan asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
Allah telah mengharamkan syirik iaitu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah. Syirik bukan setakat menyembah sesuatu selain daripada Allh tetapi juga mempunyai sifat takabur dan riak. Takabur bermaksud membesarkan dan mengagungkan diri sendiri sesungguhnya hanya Allah mempunyai kelebihan tersebut bukan manusia. manakala riyak pula bermaksud menunjuk-nunjukkan perbuatan yang tidak baik agar dilihat dan dipuji oleh orang lain sedangkan apabila dia bersendirian dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
Dalam novel Bagaikan Puteri terdapat masyarakat pada zaman dahulu di Aceh dan di Melaka amat tidak menyukai orang yang mengamalkan amalan syirik kerana amalan ini boleh merosakkan keharmonian masyarakat di situ. Antara manusia yang mengamalkan perbuatan syirik ini ialah Beragas, Nyi Burga Kelara, Purba Hitam, Ratu Sulaman dan Maharani yang menyembah selain daripada Allah untuk mendapat kuasa. Laksamana Sunan sebagai pejuang membanteras segala perbuatan syirik tersebut untuk mewujudkan keselamatan di kalangan masyarakat setempatnya.
Disamping itu, Allah juga mengharamkan beberapa persepsi dan pandangan yang haram. Persepsi dan pandangan yang haram seperti berprasangka buruk terhadap orang lain, menuduh orang lain dengan tuduhan palsu, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Tujuan untuk mengharamkan perbuatan tersebut adalah untuk memelihara kerukunan hidup umatnya atau dengan erti kata lain ialah memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang sia-sia sama ada melalui perbuatan mahupun perkataannya. Malahan tidak ada perkataan dan amalan yang lebih baik di sisi Allah melainkan perkataan dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Laksamana Sunan merupakan insan yang menunjukkan budi pekerti yang tinggi sehingga orang yang berada disekelilingnya menghormati dia termasuklah Laksamana Hang Tuah yang mengingkari perintah sultan supaya membunuh beliau. Di samping itu pelbagai lagi kisah yang boleh menjadi tauladan seperti kejadian orang minyak yang menyebabkan ayah Laksamana Sunan dituduh menjadi orang minyak.
Itulah pendapat serta penelitian yang saya buat terhadap novel ini. Kesantunan sangat penting dalam kehidupan kita agar kita sentiasa sejahtera dan diredhai oleh Tuhan.
No comments:
Post a Comment