Wednesday, March 9, 2011

Cara Membaiki Komunikasi

            Komunikasi atau perhubungan kita dengan orang lain kadang-kadang boleh menimbulkan masalah. Hal ini kerana terdapat perlbagai halangan di antara penerima dan pemberi maklumat sehingga mesej yang ingin disampaikan tidak tepat dan menilmbulkan perselisihan faham. Sebagai seorang yang sentiasa ingin menjaga perhubungan dengan orang lain akan cuba menentukan komunikasi dia dengan orang lain berjalan lancar. Pada hari ini saya berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk memperbaiki komunikasi para pembaca semua.
         Komunikasi manusia dapat diperbaik menerusi beberapa cara iaitu dengan pemerhatian. Situasi bersemuka membolehkan kita memerhati orang lain dan menilai tindak balasnya menerusi set perlakuannya, seperti mimik muka dan gerak badan, mulut atau mata ketika marah, tidak sabar, kurang yakin, dan sebagainya.
          komunikasi juga dapat dibaiki dengan cara mendengar apa yang tersurat. Dalam kebanyakan komunikasi, kekadang terdapat isi yang tersembunyi yang hanya dapat ditangkap maksudnya oleh pendengar melampaui makna komunikasi biasa, yang kekadang membabitkan emosi penutur.
         Seterusnya cara yang dapat dicadangkan untuk membaiki  komunikasi ialah dengan maklum balas. apabila kita sedang berkomunikasi secara tidak langsung kita menilai prestasi dan membuat pembetulan yang perlu. semas berkomunkasi penutur patut memerhatikan tindak balas penerima sama ada mesej yang disampaikan difahami atau sebaliknya. 
           Faedah komunikasi bersemuka ialah mudah dan kesegeraan maklum balas. Kredibiliti penutur lebih terserlah daripada jika kata-katanya dituliskan. Walau bagaimanapun, komunikasi lisan mempunyai kelebihan tersendiri. komunikasi ini kekal, dan bahan sukar untuk diasimilasi. Komunikasi lisan ini sesuai untuk penerima  mesej yang besar bilangannya. Komunikasi ini dapat meramal impak apa yang dikatakan, menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi, kepentingan dan nilai.
            Begitulah cara-cara untuk membaiki komunikasi yang dapat yang saya kongsikan bersama pembaca. Semoga pembaca dapat memanfaatkan cara ini  yang diutarakan ini. 
           Sekian.

No comments:

Post a Comment