Friday, March 11, 2011

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Teknologi di IPTA

Cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat secara jelas dalam IPTA apabila bahasa Inggeris masih menguasai segenap bidang ilmu sebagai bahasa pengantar bidang itu. Akibat daripada impak ini pelbagai masalah telah timbul. 
Akta Universiti dan Kolej Universiti telah menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat pengajian tinggi. Cadangan kerajaan ingin melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi diperigkat pengajian tinggi merupakan cabaran yang paling getir bagi bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.
Pada tarikh 6 Mei 1995, Perdana Menteri masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kenyataan dengan mengatakan bahawa kerajaan perlu membenarkan keputusan tersebut dilaksanakan sekiranya inginkan peningkatan dalam bidang sains dan teknologi. Pernyataan tersebut bersifat amaran bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan di pinda untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di peringkat pengajian tinggi. Sekiranya akta ini masih kekal, hal ini bermakna pensyarah dari negara luar tidak dapat mengajar di Malaysia untuk mengembangkan ilmu.
Pengguasaan bahasa Inggeris para pelajar amat rendah merupakan faktor utama timbulnya salah faham ini. Kenyataan tersebut menyebab kekecewaan kerana bahasa Inggeris perlu dipelajari sekiranya ingin menimba ilmu pengetahuan dari luar dan berhubung dengan dunia luar. Sememangnya mempelajari bahasa Inggeris amat penting terutama untuk mencari ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Malahan kenyataan ini diperakui oleh golongan yang memperjuangkan bahasa Melayu. Oleh sebab itu, negara kita perlu mengetahui lebih daripada bahasa kebangsaan dan bahasa tempatan yang lain.
Pemilihan bahasa Inggeris sebagai bahasa asing untuk dipelajari tidak dipersoalkan. Walaubagaimanapun, tindakan-tindakan yang dijadikan langkah untuk mengatasi masalah ini menjadi masalah kepada sesetengah pihak. Walaupun langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia tetapi tindakan tersebut telah mencabar dan melemahkan kedudukan bahasa Melayu.
Tambahan lagi pelajar yang belajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu semasa di alam persekolahan mengalami kekecewaan kerana apabila mereka berada di peringkat pengajian tinggi tidak dapat memperolehi ilmu dalam bahasa Melayu. Ternyata cabaran pengambilan tugasan bahasa Inggeris sebagai penganti bahasa Melayu mengajar sains dan teknologi di peringkat IPTA merupakan cabaran yang getir kepada bahasa Melayu.
Langkah mengehadkan penggunaan bahasa asing dalam sistem pendidikan negara kita pasti dapat membantu kita mengatasi masalah ini.

Pendokumentasian dan Penyelidikan Linguistik

           Bahasa Melayu didapati sering bertukar format dan peraturan tatabahasanya. Hal ini menyebabkan tidak ada penanda aras yang tepat untuk menjadi panduan yang betul kepada masyarakat semasa mengunakan bahasa ini. Masalah inilah yang menyebabkan masyarakat negara kita tidak dapat mendalami bahasa ini dengan baik. Masalah ini perlulah diatasi. 
           Istilah yang biasa digunakan untuk menyamakan sesuatu aspek ialah penyeragaman. Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian cabaran yang dihadapi bahasa Melayu masalah linguistik merupakan cabaran kepada bahasa Melayu dalam pendidikan. Proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, makna, dan sebutan.
Menjelang abad ke-21, pembinaan dan pengukuhan korpus bahasa Melayu harus dipergiatkan dengan melaksanakan pendokumentasian dan penyelidikan linguistik serta pembangunan maklumat bahasa untuk memantapkan aspek-aspek bahasa. Selain itu Pangkalan Data Linguistik bahasa Melayu perlu dibina. Ternyata impian ini terlaksana apabila Pangkalan Data Linguistik beroperasi sepenuhnya sejak awal Rancangan Malaysia keenam (1991-1995).
            Ternyata pangkalan data ini mengandungi 50 juta patah perkataan dan dengan perisian yang sempurna, Pangkalan Data Korpus dijangka dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan kajian linguistik dan statistik untuk menerbitkan pelbagai hasil kajian berupa bentuk produk tatabahasa, laras bahasa, peristilahan, kamus, kosa kata, tesaurus dan pedoman bahasa Melayu baku. Sistem Pangkalan Data Leksikon akan disempurnakan dengan sistem penyemakan ejaan, maklumat ejaan, sebutan baku, etimolgi kata, pengejaan bentuk, kelas kata dan seumpamanya.
            Berdasarkan rancangan yang telah dinyatakan tersebut memerlukan pengorbanan dan usaha yang lebih daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Sesungguhnya golongan bijak pandai amat digalakkan terlibat dalam merealisasikan usaha pendokumentasian dan penyelidikan linguistik berkaitan dengan bahasa Melayu.
            Semoga harapan kita untuk memartabatkan bahasa Melayu secara bersama tercapai.

Meningkatkan Jumlah Istilah dalam Bahasa Melayu


       Saya telah mengutarakan cabaran-cabaran berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sebelum ini. Kita dapati bahasa Melayu mempunyai istilah yang sangat kurang untuk mengungkapkan pelbagai perkara. Di sini saya cadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini.
       Masalah kurangnya istilah-istilah dalam bahasa Melayu untuk mengungkapkan pelbagai bidang perlu diatasi dengan berkesan dan tangkas supaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ketinggalan dalam mengungkapkan perkara baru dalam pelbagai bidang. Usaha mengubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957. Bidang terawal yang dikaji ialah Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik. Pengubalan dan pembentukkan istilah baharu perlu sentiasa dijalankan supaya bahasa Melayu tidak ketinggalan untuk mengungkapkan pelbagai ilmu pada masa kini.
            Secara keseluruhan dalam bidang ilmu moden yang digubal istilah, baik dalam bidang ilmu Sains sosial mahupun ilmu Sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu bidang Aeroangkasa, Kejuruteraan kapal terbang, dan Kejuruteraan automotif. Bidang ini perlu diterokai selaras dengan bidang sains untuk memudahkan pembentukkan istilah bagi lebih memahamkan orang ramai berkaitan dengan bidang tersebut. Antara langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini ialah pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeriangkasa iaitu Dr. Ahmad Sabirin telah mempergiatkan usaha membentuk istilah berkaitan dengan bidang beliau. Beliau merupakan pakar mereka bentuk, melancarkan dan mengoprasikan mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu Tiung SAT-1 memudahkan beliau menjalankan tugas beliau sebagai pengerusi pembentukkan istilah dalam bidang ini kerana beliau lebih memahami bidang ini. Selain daripada itu, peranan DBP perlu terus menangani masalah kekurangan istilah ini dengan berkerjasama dengan pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya dari golongan yang terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya peringkat sekolah.
Peranan untuk memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ilmu, ribuan pakar dalam ratusan atau pelbagai bidang perlu melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah serta mengembangkan istilah tersebut dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Pakar-pakar ini merupakan aset yang penting kepada negara dan keterlibatan mereka dalam pembentukkan istilah telah membantu mengatasi masalah kekurangan istilah. Sebagai usaha untuk memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, DBP telah merancang dan memulakan gerak langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing. Dijangka bahawa dengan usaha dan startegi yang bersepadu dan terancang, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi pesat dan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.
Itulah cadangan saya.

Menjauhi Perbuatan dan Perkataan yang Tidak Bermanfaat

 Saya terpanggil untuk mencurahkan idea saya dalam ruangan ini setelah saya membaca novel
 "Bagaikan Puteri" karya Ramlee Awang Murshid. Saya dapati novel ini sangat menerapkan kesantunan budi bahasa di dalam watak cerita ini. Terutamanya watak Laksamana Sunan. Oleh itu saya huraikan serba sedikit tentang unsur menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat yang diterapkan dalam novel ini.
Tuntutan agama Islam merupakan menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat serta memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam telah mensyariatkan hukum halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Justeru setiap Muslim wajib memelihara halal dan haram dalam setiap perkara. Misalnya dalam pemakanan Muslim harus memberi perhatian kepada makanan yang dimakan agar benda haram tidak masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya menjadi daging mereka. Hal ini kerana daging yang tumbuh daripada sumber yang haram maka api nerakalah menjadi tempatnya di akhirat. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi perkara haram yang lain perlu diberi perhatian kerana  perkara yang diharamkan selain pemakanan amat luas dan banyak. Contohnya meliputi gaya hidup, perbuatan, persepsi dan pandanan asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
            Allah telah mengharamkan syirik iaitu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah. Syirik bukan setakat menyembah sesuatu selain daripada Allh tetapi juga mempunyai sifat takabur dan riak.  Takabur bermaksud membesarkan dan mengagungkan diri sendiri sesungguhnya hanya Allah mempunyai kelebihan tersebut bukan manusia. manakala riyak pula bermaksud menunjuk-nunjukkan perbuatan yang tidak baik agar dilihat dan dipuji oleh orang lain sedangkan apabila dia bersendirian dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
Dalam novel Bagaikan Puteri terdapat masyarakat pada zaman dahulu di Aceh dan di Melaka amat tidak menyukai orang yang mengamalkan amalan syirik kerana amalan ini boleh merosakkan keharmonian masyarakat di situ. Antara manusia yang mengamalkan perbuatan syirik ini ialah Beragas, Nyi Burga Kelara, Purba Hitam, Ratu Sulaman dan Maharani yang menyembah selain daripada Allah untuk mendapat kuasa. Laksamana Sunan sebagai pejuang membanteras segala perbuatan syirik tersebut untuk mewujudkan keselamatan di kalangan masyarakat setempatnya.
            Disamping itu, Allah juga mengharamkan beberapa persepsi dan pandangan yang haram. Persepsi dan pandangan yang haram seperti berprasangka buruk terhadap orang lain, menuduh orang lain dengan tuduhan palsu, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Tujuan untuk mengharamkan perbuatan tersebut adalah untuk memelihara kerukunan hidup umatnya atau dengan erti kata lain ialah memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang sia-sia sama ada melalui perbuatan mahupun perkataannya. Malahan tidak ada perkataan dan amalan yang lebih baik di sisi Allah melainkan perkataan dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Laksamana Sunan merupakan insan yang menunjukkan budi pekerti yang tinggi sehingga orang yang berada disekelilingnya menghormati dia termasuklah Laksamana Hang Tuah yang mengingkari perintah sultan supaya membunuh beliau. Di samping itu pelbagai lagi kisah yang boleh menjadi tauladan seperti kejadian orang minyak yang menyebabkan ayah Laksamana Sunan dituduh menjadi orang minyak.
            Itulah pendapat serta penelitian yang saya buat terhadap novel ini. Kesantunan sangat penting dalam kehidupan kita agar kita sentiasa sejahtera dan diredhai oleh Tuhan.

Thursday, March 10, 2011

Usah Ragui Kuasa Bahasa Kita

         Masalah yang saya utarakan dalam bahagian ini ialah keegoaan sesetengah orang-orang kita (Melayu) yang berlagak mengunakan bahasa asing sebagai bahasa pengucapan mereka. Mereka berucap pula bukan setakat dalam hal yang melibatkan perbualan seharian malahan dalam pengucapan dalam urusan rasmi. Sedangkan negara kita sudah mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan negara ini. Malah ada orang menjadi tumpuan ramai tidak ada rasa bersalah mengatakan dirinya teras bodoh apabila berucap mengunakan bahasa Melayu. Sedangkan dirinya merupakan anak jati negara ini serta lahir dalam keluarga berbangsa Melayu. 
      Sikap meragui dan mempersoalkan kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku di negara Malaysia.  Kini sepatutnya rakyat Malaysia untuk terus berusaha memajukan dan menambahkan istilah dan penggunaan bahasa Melayu. Disamping itu, mendaulatkan bahasa Melayu sehingga bahasa ini menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rakyat Malaysia tercapai.
            Namun perkara yang melibatkan kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan sangat dikesali. Malahan kebanyakan tokoh-tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun dalam majlis rasmi sekalipun. Ternyata tokoh-tokoh dan segelintir rakyat Malaysia tidak mencontohi teladan negara seperti negara Jepun, Itali, Rusia dan Perancis yang mengutamakan bahasa mereka ketika berucap.
            Rakyat Malaysia kelihatan tidak suka mengunakan bahasa Melayu ketika berhubung sesama sendiri. Sudah separuh abad merdeka dan dalam tempoh ini juga rakyat Malaysia dididik berbahasa Melayu masih belum berhasil. Rakyat Malaysia harus memperlengkapkan diri mereka dengan nahu linguistik mereka tentang bahasa Melayu.
            Kesimpulannya, semua harus berfikiran positif dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu sebenarnya mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu termasuklah bidang sains dan teknologi. Sekiranya rakyat yakin dengan bahasa ini, maka perjuangan menegakkan bahasa Melayu akan berjaya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan mantap dan kukuh. Bahasa Jiwa Bangsa. Maju Bahasa Maju Negara.
             Sekian luahan masalah saya. 

Pertingkatkan Penerbitan Buku Ilmiah dalam Bahasa Melayu

            Hari ini saya ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tugasan saya. Oleh kerana, tugasan saya melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan model maka semua rujukan saya dapati kebanyakan dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, hal ini telah menyebabkan saya sukar untuk mendalami maksud yang terdapat dalam buku itu. Saya berfikir alangkah baiknya jika  buku rujukan bahasa Inggeris itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Saya mencuba mencari lagi bahan rujukan dalam bahasa Melayu, ternyata keputusan sangat mengecewakan kerana sedikit sahaja bahan dalam bahasa Melayu saya perolehi. Itu pun tidak membantu sangat dalam tugasan saya. Saya mencadangkan agar pihak berwajib meningkatkan penerbitan buku ilmiah dalam bahasa Melayu. 
          Pengiktirafan  yang diberikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu dijaga kedudukan dan peranannya. Salah satu usaha ialah memenuhi erti tersebut ialah dengan memperkaya khazanah persuratan dengan karya-karya ilmiah dalam segala bidang. Sebelum tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956, penerbitan buku-buku pelajaran, buku-buku teks dan bahan-bahan bacaan hanya dilakukan oleh Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Tanjung Malim. Buku-buku teks hampir tidak ada dalam bahasa Melayu kerana kesemuanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
            Sekarang DBP berperanan memikul tanggungjawab yang dipikul oleh Pejabat Karang Mengarang. Oleh kerana DBP merupakan agensi kerajaan yang berperanan memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, terpaksa memikul beban berat untuk menyediakan buku-buku teks dan bahan-bahan pelajaran untuk sekolah-sekolah dalam bahasa Melayu. Selain itu buku-buku teks dalam bahasa Melayu,  baik karya asal mahupun karya terjemahan perlu disediakan.
            Selain daripada peranan DBP sebagai penerbit buku peranan pihak seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan kerajaan amat diperlukan untuk memperbanyak buku terbitan dan terjemahan. Usaha dan kempen harus giat dilakukan agar penerbitan buku pengajian tinggi dalam bahasa Melayu bertambah dan seterusnya memenuhi keperluan pengguna bahasa Melayu. Kerajaan juga di minta membentuk Dasar Buku dan Terjemahan Kebangsaan untuk merealisasikan impian agar pembentukan Biro Buku dan Terjemahan Kebangsaan yang khususnya bertugas memindahkan ilmu-ilmu moden ke dalam bahasa Melayu. Ternyata pembentukan Institut Terjemahan Negara telah diluluskan pada tahun 1993.
            Peranan pensyarah atau golongan yang bijak pandai amat penting dalam meningkatkan jumlah penerbitan buku ilmiah dalam bahasa Melayu. Golongan ini perlu diwajib menghasilkan dan menerbitkan beberapa buah buku dalam satu tahun. Selain berperanan mengajar golongan tertentu, mereka juga dapat menyumbangkan bakti mengajar orang lain apabila buku mereka menjadi bahan bacaan orang ramai. Sesunggunhnya usaha murni mereka ini dapat mengatasai masalah kekurangan buku ilmiah dalam bahasa Melayu disamping dapat berkongsi ilmu mereka dengan orang lain.
            Setelah menyatakan langkah-langkah meningkatkan jumlah penerbitan buku dalam bahasa Melayu, ternyata banyak lagi pihak lain yang turut membantu mengatasi masalah ini. Bukan setakat peranan DBP sahaja tetapi melibatkan  golongan bijak pandai. 
           Begitulah cadangan saya untuk mengatasi masalah kekurangan buku ilmiah dalam bahasa Melayu.

Kurangnya Istilah Bahasa Melayu

       Masalah yang seterusnya saya dapati dalam sistem pendidikan negara kita ialah kekurangan istilah-istilah untuk mengungkap sesuatu bidang. Keterbatasan ini sedikit sebanyak menunjukkan bahasa Melayu mempunyai kelemahan dalam memegang peranannya sebagai bahasa ilmu di negara kita. 
       Dalam kehidupan seharian manusia, mereka berkomunikasi dengan mengunakan bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat untuk memperkata atau membincangkan pelbagai hal, aspek, bidang dan peristiwa. Selain daripada itu, bahasa juga digunakan menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan sebagainya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah, sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, kejuruteraan, perubatan, undang-undang, dan lain-lain lagi bidang.
            Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-beza sesuatu bahasa tersebut harus mempunyai banyak kosa kata untuk memenuhi keperluan untuk mengungkapkan pelbagai bidang. Dalam setiap bidang yang ingin diterokai perlu ada istilah-istilah tertentu yang berlainan dengan istilah-istilah dalam bidang lain. Permintaan terhadap istilah-istilah ini untuk mengungkapkan pelbagai bidang merupakan cabaran kepada bahasa Melayu dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini demikian kerana semakin hari semakin bertambah bidang baru yang wujud di dunia ini yang memerlukan bahasa Melayu membentuk sesuatu istilah yang bertepatan dengan bidang tersebut. Sekiranya tidak prihatin dan mengambil tahu tentang ilmu dan perkara terbaru yang wujud di dunia ini, maka bahasa Melayu ketinggalan zaman untuk mengungkapkan perkara tersebut.
Kepentingan mengikuti arus perkembangan bidang-bidang ilmu dalam dan luar negara seterusnya membentuk istilah-istilah tertentu dalam bahasa Melayu selaras dengan makna istilah terbaru tersebut ialah memudahkan pemahaman penuntut untuk faham sesuatu perkara berdasarkan bahasa ibunda negara ini sendiri.
Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah satu juta dan meliputi ratusan ilmu dan profesional. Manakala jumlah buku istilah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh DBP sahaja sudah berjumlah 199 judul. Seluruh peringkat dalam sistem pendidkan negara telah pun memanfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada semua pelajar di peringkat itu. Walaupun jumlah istilah ini hampir mencukupi, tetapi bahasa Melayu perlu sentiasa memperbaharui dan menbentuk istilah baharu berdasarkan perkembangan pelbagai bidang bahasa.
Usaha dan kerjasama pelbagai pihak untuk menyumbangkan tenaga membina dan membentuk istilah baru amat penting. Hal ini supaya bahasa Melayu mampu mengungkapkan pelbagai perkara dalam pelbagai bidang. Sekiranya masalah kekurangan istilah dalam bahasa Melayu berterusan tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan tergugat apabila berlaku pembentangan sesuatu projek mengunakan bahasa asing kerana bahasa Melayu tidak dapat mengungkapkan pelbagai perkara.
Begitulah pemikiran yang dapat saya utarakan dalam coretan ini. Diharapkan pembaca yang mempunyai idea cara-cara mengatasi masalah kekurangan istilah ini dapat mengutarakan pendapat mereka dalam blog saya. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara kita.

Masalah Linguistik

          Apabila berbual-bual dengan kawan-kawan mengunakan bahasa Melayu, saya mendapati kosa kata yang digunakan adalah sama dan tidak ada kosa kata baru dan lain daripada yang sudah dipakai digunakan. Situai perbualan tidak kira secara ilmiah atau perbualan seharian. Hal ini menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan pelbagai perkara. Kita tidak menyedari bahawa bahasa Melayu ini kaya dengan pelbagai kosa kata, masalah ini berlaku berpunca daripada kurangnya kesedaran rakyat Malaysia untuk memperkayakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sehingga tidak berminat untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Hal ini berpunca disebabkan masalah linguistik yang dialami oleh rakyat di negara kita.
          Masalah linguistik merupakan masalah yang dihadapi semua bahasa yang berkembang. Sekiranya bahasa Inggeris mengambil masa yang beratus tahun untuk menjadi bahasa yang mantap, manakala bahasa Melayu pula secara terancang baru melalui kira-kira 30 tahun untuk menjadi bahasa moden. Sudah tentu dalam masa sesingkat ini, aspek linguistik bahasa Melayu belum mantap lagi dan perlu diperbaiki untuk mencapai status bahasa ilmu yang berjaya.
            Masalah linguistik yang paling besar dihadapi oleh bahasa Melayu ialah dalam hal peristilahan dan tatabahasa. Masalah peristilahan ini sering dibangkitkan oleh guru, pelajar, penulis, dan penerbit ialah kekurangan istilah dalam pelbagai bidang dan istilah kerap berubah. Menurut Awang Sariyan (1996:96) sesuatu bahasa wujud bersama-sama dengan konsep. Setiap konsep baharu akan menimbulkan istilah baharu, hal ini menyebabkan istilah terus berkembang. Walaubagaimanapun perkembangan istilah dengan pesatnya sedikit sebanyak akan menganggu komunikasi ilmu. Masyarakat tidak tahu memanfaatkan istilah yang sudah ada beratus-ratus ribu banyaknya. Disamping itu, pembabitan masalah penyebaran ternyata memerlukan usaha pentakrifan istilah supaya istilah itu benar-benar difahami oleh pengguna.
            Hal yang berkaitan dengan masalah tatabahasa juga masih banyak yang memerlukan perumusan yang lebih mantap. Manakala dalam bidang morfologi juga memerlukan penelitian yang mendalam. Walaupun pada dasarnya sudah ada rumus-rumus morfologi yang mantap, tetapi masih agak banyak data yang memperlihatkan penggunaan yang tidak mantap. Selain masalah berkaitan dengan kata terbitan, masalah morfologi yang menonjol ialah penyerapan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Malah terdapat penulis buku dipengaruhi oleh aspek sintaksis bahasa Inggeris semasa menulis wacana ilmiah bahasa melayu.
            Ternyata ketidakmantapan bahasa Melayu dari aspel linguistik menyebabkan bahasa Melayu tidak dapat menjadi bahasa ilmu sepenuhnya. Oleh itu, proses pengekodan bahasa Melayu atau penyeragaman bahasa Melayu perlu dilakukan agar pengguna bahasa Melayu mendapat panduan. Sesungguhnya golongan bijak pandai seharusnya menyumbangkan tenaga untuk menyumbangkan tenaga untuk mengkaji masalah linguistik yang berlaku dalam bahasa Melayu.
             Selepas ini diharapkan pihak yang berkaitan serta berperanan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara kita dapat menjalankan tindakan yang drastik bagi mengatasi masalah ini. Oleh sebab itu saya menyarankan golongan bijak pandai turut menyumbang tenaga untuk mengatasi masalah ini.
            Sekian.

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pendidikan

                   Hari ini saya mengajak pembaca meneliti cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini menarik perhatian saya kerana saya mendapati pelbagai pihak yang cuba menpertikaikan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 
          Masa depan Bahasa Melayu amat cerah pada masa kini. Bahasa Melayu juga mempunyai kedudukan yang terjamin, dari segi penggunaan yang meluas oleh rakyat Malaysia dan perakuan oleh Malaysia. Malahan negara telah berjaya menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu hasil daripada pelaksanaan  Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penuntut di peringkat pengajian tinggi juga telah menerima pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejayaan bahasa Melayu tersebut sudah semestinya melalui cabaran yang getir sebelum mencapai kegemilangan tersebut. Pelbagai usaha dan cara mengatasi yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bentuk bahasa Melayu telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan tentang pelbagai bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat malaysia. Keupayaan bahasa Melayu ini telah membawa bahasa ini dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini.
            Walaubagaimanapun bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur  keindahannya. Hal ini kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat menggugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai perancangan untuk mencapai kejayaan yang telah diharapkan serta menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Sekiranya tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut agak sukar dicapai.
Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama penting dengan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran. Menurut Awang Sariyan (1996:88) penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertujuan untuk memenuhi konsep dan peranan bahasa rasmi juga. Hal ini kerana, intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 
Terdapat pihak berpendapat bahawa bahasa Melayu belum cukup maju serta tidak mampu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sikap meragui dan mempersoal kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku dan sudah tidak seharusnya diperkatakan lagi. Namun perkara yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini ialah kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris tidak kira dalam acara rasmi atau tidak rasmi. Sedangkan bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara kita.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam dunia pendidikan ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di Institusu Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), kekurangan buku ilmiah, masalah linguistik dan kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
Itulah cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. seharusnya perkara ini diteliti dan dikaji dengan baik agar jalan penyelesaian dapat dikenalpasti serta langkah drastik memperbaiki masalah ini dapat diambil.

Budaya Seni dalam Kehidupan Beragama

Peranan Seni Dalam Agama
               Seni merupakan sinonim dengan bahasa kerana seni merupakan salah satu simbol bahasa bukan lisan yang mengambarkan kehidupan sebenar masyarakat. Budaya masyarakat juga tampak dalam seni ini. 
             Semua manusia di muka bumi ini sudah pasti mempunyai anutan agama atau kepercayaan masing-masing. Cara penyembahan serta mempersembahkan diri kepada Tuhan masing-masing adalah berbeza-beza mengikut kepercayaan sendiri. Misalnya agama India mempunyai pelbagai nama patung yang mereka puja dan sembah. Setiap patung berbeza nama,rupa dan bentuk. Perkara yang kita tidak sedari sekarang ialah semua hasil bentuk patung itu merupakan hasil daripada seni. Semua penghasil patung-patung tersebut mempunyai bakat yang sangat hebat dalam bidang seni sehingga mereka mampu menghasilkan benda yang begitu unik. Bukan semua orang mampu melakukan ukiran ini jika tidak mempunyai asas-asas dalam bidang ini..
                Oleh sebab itu, kita harus menghargai seni itu. Hal ini kerana  seni mampu membantu kita menghubungkan diri dengan Maha Pencipta kita semua. Kepentingan seni dalam bidang agama harus diketahui orang ramai agar mereka menyedari sumbangan bidang ini dalam bidang kerohanian. Walau bagaimanapun, cara untuk memperkenalkan kepentingan seni ini dalam bidang agama bukan perkara yang mudah jika tidak ada kerjasama daripada pelbagai pihak. Sekiranya tidak ada pihak yang mengakui kepentingan seni ini dalam agama matlamat untuk memartabatkan seni ini terutama seni visual maka usaha adalah sia-sia. Cadangan yang berkesan harus dapat difikirkan untuk memartabatkan seni ini di mata masyarakat.
                Cara yang boleh digunakan ialah dengan mengunakan para pelajar di sekolah mengenali sumbangan seni dalam bidang agama. Para pelajar ini dibawa melawat tempat-tempat yang menghasilkan pelbagai bahan untuk upacara ritual ini. Aktiviti ini bertujuan untuk membuktikan bahawa seni sangat penting untuk menghasilkan pelbagai bahan untuk sembahyang. Selain daripada penghasilan seni sebagai cara untuk menghasilkan bahan sembahyang, seni juga dapat dilihat dalam bidang seni reka rumah sembahyang. Seni reka bentuk rumah sembahyang untuk beribadat ini terhasil daripada pereka seni yang begitu pakar dalam seni bina. Segala ukiran daripada yang visual kepada yang tampak sehingga terbentuknya rumah ibadat ini bermula daripada kepakaran seorang seni. Misalnya Masjid, Kuil, Tokong dan Gereja mempunyai reka bentuk yang berbeza mengikut kepercayaan penganutnya. Pereka bentuk rumah ibadat ini sangat teliti semasa menyumbangkan tenaga menghasilkan reka bentuknya.
                 Begitulah pemikiran saya dalam peranan seorang guru memartabatkan seni.

Baikilah cara anda berucap

Komunikasi atau perhubungan kita dengan orang lain kadang-kadang boleh menimbulkan masalah. Hal ini kerana terdapat perlbagai halangan di antara penerima dan pemberi maklumat sehingga mesej yang ingin disampaikan tidak tepat dan menilmbulkan perselisihan faham. Sebagai seorang yang sentiasa ingin menjaga perhubungan dengan orang lain akan cuba menentukan komunikasi dia dengan orang lain berjalan lancar. Pada hari ini saya berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk memperbaiki komunikasi para pembaca semua.
         Komunikasi manusia dapat diperbaik menerusi beberapa cara iaitu dengan pemerhatian. Situasi bersemuka membolehkan kita memerhati orang lain dan menilai tindak balasnya menerusi set perlakuannya, seperti mimik muka dan gerak badan, mulut atau mata ketika marah, tidak sabar, kurang yakin, dan sebagainya.
          komunikasi juga dapat dibaiki dengan cara mendengar apa yang tersurat. Dalam kebanyakan komunikasi, kekadang terdapat isi yang tersembunyi yang hanya dapat ditangkap maksudnya oleh pendengar melampaui makna komunikasi biasa, yang kekadang membabitkan emosi penutur.
         Seterusnya cara yang dapat dicadangkan untuk membaiki  komunikasi ialah dengan maklum balas. apabila kita sedang berkomunikasi secara tidak langsung kita menilai prestasi dan membuat pembetulan yang perlu. semas berkomunkasi penutur patut memerhatikan tindak balas penerima sama ada mesej yang disampaikan difahami atau sebaliknya. 
           Faedah komunikasi bersemuka ialah mudah dan kesegeraan maklum balas. Kredibiliti penutur lebih terserlah daripada jika kata-katanya dituliskan. Walau bagaimanapun, komunikasi lisan mempunyai kelebihan tersendiri. komunikasi ini kekal, dan bahan sukar untuk diasimilasi. Komunikasi lisan ini sesuai untuk penerima  mesej yang besar bilangannya. Komunikasi ini dapat meramal impak apa yang dikatakan, menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi, kepentingan dan nilai.
            Begitulah cara-cara untuk membaiki komunikasi yang dapat yang saya kongsikan bersama pembaca. Semoga pembaca dapat memanfaatkan cara ini  yang diutarakan ini. 
           Sekian.

Budaya bahasa dalam masyarakat dahulu

           Pada hari ini saya ingin mengajak pembaca untuk mengenali peranan bahasa Melayu sabagai bahasa ilmu pada zaman pemerintahan zaman Melayu Melaka. Saya tertarik dengan tajuk ini kerana ingin mengetengahkan peranan besar bahasa Melayu ketika dahulu sebagai bahasa pengantar dalam pemerintahan itu, sama seperti hari ini. 
           Bahasa Melayu Klasik telah digunakan pada abad ke-14 hingga ke-19. Sepanjang abad ini bahasa ini mencapai kegemilangan  pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan zaman Kerajaan Johor-Riau. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa baku dalam pemerintahan negara yang berpusat di istana dan hubungan dengan dunia luar. Peranan bahasa ini sebagai bahasa ilmu sejak adanya kerajaan Melayu Melaka dan Johor-Riau dapat dilihat melalui petikan di bawah
“Bahasa ini mempunyai taraf dan mutu yang tinggi dan mengandungi laras bahasa yang bayak dan untuk berbagai-bagai bidang ilmu seperti undang-undang, perubatan, sejarah, agama, dan seni sastera.”
                                                            (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1994:24)
Pada zaman ini peranan agama Islam sangat penting untuk membawa kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini dapat dilihat apabila Islam menyumbang dan memperkenalkan sistem tulisan Jawi dan kosa kata Arab. Sebelum kedatangan Islam bahasa ini tidak mempunyai tulisan yang lengkap selepas kedatangan kemasukan agama Islam, Sistem tulisan Jawi telah diperkenalkan dan diistiharkan sebagai tulisan rasmi di kepulauan tersebut. Selain daripada perkembangan ilmu undang-undang, sejarah, dan agama kerana kedatangan tulisan ini, ilmu kesusasteraan merupakan ilmu yang paling berkembang dengan mengunakan tulisan jawi. Selain daripada sumbangan Islam dalam bidang tulisan, Islam turut memperbanyakkan lagi kosa kata bahasa Melayu malahan menurut Za’ba kosa kata yang diperkenalkan lebih banyak daripada kosa kata bahasa Sanskrit.
Perkembangan bahasa ilmu dapat dilihat daripada beberapa buah karya penting yang dihasilkan pada zaman Melayu Klasik. Karya-karya penting ini ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Sejarah Melayu, hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Suluh Merah Muda, dan Hikayat Panji semerang.
Selain daripada melihat beberapa buah karya yang dihasilkan, perkembangan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat dari segi kemasukan unsur-unsur asing dalam Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan, (1940 : 32 ) sesuatu bahasa hidup lama ialah keupayaan bahasa itu menerima unsur-unsur daripada bahasa asing dan menjadikan unsur miliknya sendiri. Manakala bahasa yang mati ialah bahasa yang tidak mahu mengambil unsur-unsur asing. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang hidup kerana menerima pelbagai unsur-unsur asing dalam bahasanya.
Bahasa Melayu pada masa itu tidak hanya menerima kosa kata daripada bahasa Arab dan Sanskrit sahaja tetapi turut menerima pengaruh daripada bahasa Parsi bahasa cina, bahasa Indonesia, bahasa-bahasa eropah dan bahasa Siam. Apabila bahasa-bahasa ini banyak menyumbangkan kosa kata dalam bahasa Melayu maka bahasa Melayu mempunyai banyak perkataan yang menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Oleh kerana bidang ilmu mempunyai pelbagai bidang maka tempat lahirnya ilmu itu turut berbeza seterusnya bahasa Melayu memerlukan kosa kata bahasa tempat tersebut untuk mengungkapkan ilmu tersebut. Selepas itu pelbagai laras bahasa dapat diwujudkan kerana adanya kosa kata yang pelbagai untuk mengungkapkan pelbagai bidang ilmu.
Berdasarkan perbincangan yang telah saya paparkan tadi, boleh kita ketahui bahawa bahasa sangat penting sebagai bahasa pengantar ilmu dan peranan Islam sebagai penyumbang kepada perkembangan ilmu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, peranan istilah penting dalam kosa kata asing dimasukkan ke dalam bahasa Melayu penting untuk perkembangan bahasa budaya dalam masyarakat.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Semua  rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.
            Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan.
            Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.
            Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. 

Wednesday, March 9, 2011

Cara Membaiki Komunikasi

            Komunikasi atau perhubungan kita dengan orang lain kadang-kadang boleh menimbulkan masalah. Hal ini kerana terdapat perlbagai halangan di antara penerima dan pemberi maklumat sehingga mesej yang ingin disampaikan tidak tepat dan menilmbulkan perselisihan faham. Sebagai seorang yang sentiasa ingin menjaga perhubungan dengan orang lain akan cuba menentukan komunikasi dia dengan orang lain berjalan lancar. Pada hari ini saya berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk memperbaiki komunikasi para pembaca semua.
         Komunikasi manusia dapat diperbaik menerusi beberapa cara iaitu dengan pemerhatian. Situasi bersemuka membolehkan kita memerhati orang lain dan menilai tindak balasnya menerusi set perlakuannya, seperti mimik muka dan gerak badan, mulut atau mata ketika marah, tidak sabar, kurang yakin, dan sebagainya.
          komunikasi juga dapat dibaiki dengan cara mendengar apa yang tersurat. Dalam kebanyakan komunikasi, kekadang terdapat isi yang tersembunyi yang hanya dapat ditangkap maksudnya oleh pendengar melampaui makna komunikasi biasa, yang kekadang membabitkan emosi penutur.
         Seterusnya cara yang dapat dicadangkan untuk membaiki  komunikasi ialah dengan maklum balas. apabila kita sedang berkomunikasi secara tidak langsung kita menilai prestasi dan membuat pembetulan yang perlu. semas berkomunkasi penutur patut memerhatikan tindak balas penerima sama ada mesej yang disampaikan difahami atau sebaliknya. 
           Faedah komunikasi bersemuka ialah mudah dan kesegeraan maklum balas. Kredibiliti penutur lebih terserlah daripada jika kata-katanya dituliskan. Walau bagaimanapun, komunikasi lisan mempunyai kelebihan tersendiri. komunikasi ini kekal, dan bahan sukar untuk diasimilasi. Komunikasi lisan ini sesuai untuk penerima  mesej yang besar bilangannya. Komunikasi ini dapat meramal impak apa yang dikatakan, menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi, kepentingan dan nilai.
            Begitulah cara-cara untuk membaiki komunikasi yang dapat yang saya kongsikan bersama pembaca. Semoga pembaca dapat memanfaatkan cara ini  yang diutarakan ini. 
           Sekian.

Pertautan dalam ujaran seharian

Dalam kehidupan seharian kita, sudah pasti kita sentiasa mengungkapkan sesuatu melebihi batas ayat. Batas ayat ini merujuk kepada wacana yang telah kita ujarkan. Dalam ujaran kita, kita secara tidak sedar telah mentautkan ayat yang sebelumnya dengan ayat yang selepasnya. Pertautan ini disebut sebagai tautan dalam wacana.
Pike dan pike mendefinisikan tautan sebagai fitur sesuatu tagmen yang menentukan cara bagaimana tagmen itu menguasai atau dikuasai oleh tagmen lain. Gutwinksi pula tidak melihat tautan sebagai fitur tetapi sebagai hubungan yang terdapat dalam ayat dan klausa dalam sesuatu teks. Kesimpulan yang dibuat oleh Sanat Md. Nasir mengenai konsep tautan ialah fungsi tautan dapat dirumuskan sebagai hubungan satu ikatan yang apik dan bermakna.  Konsep cakupan tautan ini merujuk kepada hubungan unsur linguistik di dalam sesuatu teks, sama ada di peringkat dalam ayat atau antara ayat, dan hubungan ini boleh sahaja bersifat formal atau semantik dengan fungsinya. Ditegaskan bahawa unsur linguistik yang berhubungan itu berada dalam unit teks yang berlainan.
Tautan menurut model tautan pindaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Permbahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang, atau dari segi makna unsur itu yang berulang, atau kedua-duanya sekali. Ciri di atas termasuk fungsi unsur yang terlibat menjeniskan lagi tautan perulangan kepada tujuh jenis. Tautan kolokasi melibatkan makna iaitu kebeadaan unsur linguistic yang terlibat dijeniskan lagi kepada empat jenis. Penentuan tautan utama yang ketiga, iaitu tautan penghubung ayat dilakukan dengan melihat fungsi unsur linguistik itu. Penghubung ini berfungsi menghubungkan antara unsur linguistik iaitu unit teks sebelum dengan yang sesudahnya. Penghubung ayat dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat pertentangan, penghubung ayat sebab-musabab, penghubung ayat masa dan penghubung ayat terusan.
Sebagai seorang pewacana yang baik, kita harus cuba memenuhi konsep tautan ini agar idea yang ingin disampaikan kepada orang lain dapat disampaikan dengan berkesan.

Wacana dalam masyarakat

Saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai bidang wacana ilmu dalam bahagian ini. Bidang kajian ini tidak meluas lagi dalam negara kita. Oleh sebab itu tidak hairan jika terdapat pembaca yang tidak mengetahui maksud atau mengenali apa itu wacana. Walau bagaimanapun saya tidak membawa para pembaca untuk meneroka dan mengenali definisi konsep wacana tetapi saya hanya mengajak para pembaca meneroka serba sedikit sejarah perkembangan bidang wacana ini.
Wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang. Bidang ini bermula dikatakan dalam tradisi peradaban Hindu lagi, pengkajian terhadap teks Veda merupakan asal mula pengkajian wacana dalam konsep keagamaan. Perkembangan bidang ini dapat dilihat daripada penghasilan banyak karya dan tokoh yang membicarakan tentang bidang ini di Barat. Tentang perkembangan awal analisis wacana moden dekad 1960-an , Van Dijk mengutarakan tiga kesimpulan. Pertama, minat awal dalam analisis wacana secara sistematis lebih bersifat usaha dekriftif dan strukturalis pada umumnya minat ini sebahagian besarnya melibatkan bidang linguistik dengan antropologi. Kedua ialah melibatkan genre wacana popular atau peribumi. Ketiga analisis fungsional tentang ayat dan struktur wacana.
            Pertumbuhan kajian wacana bahasa Melayu agak lewat di Malaysia iaitu sekitar 10 tahun lewat berbanding dengan di Eropah. Penelitian wacana semakin menyerlah dekad 1990-an. Ramai tokoh-tokoh dalam bidang ini telah menonjolkan diri berminat untuk membuat penelitian terhadap bidang wacana. Pelbagai dapatan yang diperolehi melalui kajian mereka yang ditulis dalam penulisan ilmiah. Malahan sekarang bidang ini semakin diberi perhatian di peringkat peringkat ilmiah. Bidang ini juga menjadi kursus di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada di peringkat ijazah dasar, ijazah sarjana mahupun ijazah kedoktoran.
            Tahun 1960-an merupakan tahun yang memulakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan structural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Tahun 1970-an pula merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan analisis wacana pada tahun 1980-an hingga 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. 
         Perkembangan analisis wacana dalam bahasa Melayu agak lewat berbanding dengan di Barat. Sanat Md. Nasir menyimpulkan bahawa wacana bahasa Melayu masih baru manakala Muhammah Yunus Marlis mengatakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan mengunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. 
           Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan di atas dapat disimpulkan bahawa perkembangan bidang wacana di negara kita masih baru dan belum berkembang sepenuhnya. Oleh sebab itu, pihak yang berwajib untuk menjayakan dan memperkembangkan bidang wacana bahasa Melayu ini perlu memikirkan cara mengetengahkan bidang ini dalam pendidikan negara kita. Hal ini kerana, bidang ini sangat penting untuk menghasilkan tokoh-tokoh dalam bidang ini.

Tuesday, March 8, 2011

Cerpen

Apakah hobi anda?
Sudah pasti setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Semestinya hobi tersebut merupakan perkara yang paling di minati oleh anda. Saya juga tidak terkecuali mempunyai hobi. Saya suka membaca bahan-bahan bacaan yang santai dan bukan ilmiah. Contoh bahan bacaan yang mejadi kegemaran saya ialah bahan bentuk naratif atau kreatif. Misalnya cerpen dan novel. Hari ini saya membaca satu kumpulan cerpen yang dikumpulkan menjadi antologi cerpen. Setiap cerpen tersebut mempunyai tema yang berbeza-beza. Tema kehidupan, alam sekitar dan sebagainya terdapat dalam kumpulan cerpen tersebut. Cerita pendek yang dipaparkan mempunyai kisah yang tersendiri dan diolah mengikut kreativiti penulis itu sendiri.
Pada hari ini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengenali serba sedikit tentang cerpen. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Oleh itu untuk perbincangan yang seterusnya saya ingin mengajak anda mengenali konsep cerpen.
Cerpen merupakan hasil tulisan kreatif seseorang pengarang berdasarkan pengalaman dan imaginasinya. Dalam sesebuah cerpen semestinya terdapat pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca sama ada untuk dijadikan sebagai panduan hidup, menimbulkan sesuatu fikiran khusus ataupun memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Pengarang akan mempersembahkan cerpennya dengan menggunakan cara pengolahan, susunan peristiwa dan pemilihan diksi yang sesuai. Maka, boleh dikatakan bahasa yang digunakan dalam sesebuah cerpen itu adalah suatu elemen yang terpenting bagi memastikan keberkesanannya. Kebiasaaanya, bahasa yang digunakan dalam cerpen adalah bahasa yang indah serta mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dalam analisis bahasa dalam cerpen, pemahaman cerpen oleh seseorang pembaca dititkberatkan. Sekiranya pembaca tidak dapat memahami cerpen tersebut, maka boleh dikatakan wacana bahasa dalam cerpen tersebut tidak mencapai tahap ketekstualan.
Begitulah serba sedikit pengetahuan yang saya perolehi dan dikongsikan dengan anda semua. Semoga kita berjumpa di lain masa dan waktu serta dengan topik yang berlainan pula.

Tuesday, March 1, 2011

Kesalahan Bahasa

Kesalahan bahasa sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu sama ada disengajakan atau tidak. Selaras dengan kepesatan perkembangan bahasa Melayu pada zaman ini, amat perlu untuk menyalurkan maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu yang gramatis agar bahasa ini dapat diguna pakai sebaiknya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat.
Gejala kesalahan bahasa berlaku kerana beberapa faktor. Antara faktor utama kesalahan bahasa ialah pengetahuan yang kurang dalam aspek tatabahasa. Pengguna bahasa kadangkala bersikap tidak mengambil berat penggunaan yang tepat dan betul. Tempoh pembelajaran bahasa selama 11 tahun di peringkat sekolah seolah-olah tidak mencukupi untuk menguasai ilmu bahasa kebangsaan negara Malaysia ini.
Faktor di atas dipengaruhi pula oleh kelaziman penggunaan bahasa yang tidak betul dan apabila ia menjadi kebiasaan dari segi pertuturan dan penulisan ditambah pula dengan sikap ambil mudah media massa menyebarkan maklumat yang kurang tepat dalam penggunaan bahasa, yang salah pun lama-kelamaan akan kelihatan sebagai betul.
Selain itu, kekeliruan juga merupakan puncayang menyebabkan kesalahan bahasa berlaku. Apabila wujud ketidakseragaman dalam sistem ejaan, tatabahasa dan penggunaan perkataan. Pertentangan pendapat ahli bahasa dalam membincangkan aspek-aspek di atas mempengaruhi kepenggunaan bahasa tersebut.
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada pelbagai bentuk. Asraf di dalam bukunya "Kesalahan-Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu" telah membahagikan kesalahan tersebut kepada pelbagai sudut, antaranya dari segi sintaksis, morfologi, semantik dan intonasinya. Semua aspek tersebut penting dalam penggunaan bahasa melayu yang baik.