Cuti sempena perayaan saudara kita yang berbangsa Cina sudah tiba. Pelajar yang bukan bangsa Cina turut menumpang perayaan ini dengan bercuti bersama keluarga. Apabila sudah menjelang perayaan ada juga yang turut berkunjung ke rakan taulan yang menyambut perayaan Tahun baru Cina ini.Begitulah perayaan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai perayaan. Sudah menjadi kewajipan semua rakyat Malaysia saling tumpang menumpang memeriahkan perayaan masing-masing. Bangga menjadi rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum tetapi tidak pernah pernah peperangan kaum lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969. Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada pemimpin negara yang bersusah payah membentuk keamanan ini.
Ternyata usaha kerajaan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sangat berkesan untuk membina negara bangsa. Peranan pihak kerajaan untuk mempertahankan bahasa ini terus bertahan dalam kalangan rakyat Malaysia harus dijalankan dengan sebaik mungkin.
Apabila semua rakyat Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan lancar maka interaksi antara rakyat Malaysia menjadi akrab. Hal ini kerana mereka tidak berasa kekok untuk berbual dan dapat berkongsi pemahaman dengan lebih baik. Apabila mereka sudah saling memahami mereka tidak mudah melenting apabila terjadi sesuatu yang salah faham dan membawa masalah tersebut ke meja perbincangan. Terdapat banyak lagi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukkan negara bangsa di Malaysia.
No comments:
Post a Comment