Tuesday, January 25, 2011

MicroTeaching

Hari ini merupakan pembentangan tentang "microteaching" untuk kursus universiti. Kami mengunakan kemahiran papan hitam/putih untuk mengajar. Semasa kami mengaplikasikan kemahiran ini dikelas terdapat juga kawan-kawan yang lain bertindak untuk memberi komen tentang cara kami membentang. Semasa mengajar saya mengunakan sub kemahiran mengunakan simbol seperti anak panah untuk menunjukkan jalan cerita cerita "Kasut Kelopak jantung. Selain itu saya juga menggunakan frasa atau ayat ringkas semasa menulis dan mengunakan penunjuk untuk menerangkan perkara yang saya catatkan di papan putih. 
Peranan penggunaan bahasa semasa mengajar amat penting untuk memudahkan pelajar faham berkaitan dengan perkara yang ingin diajar. Sekiranya cikgu tidak menguasai bahasa ilmu dengan cekap maka penerangan tidak boleh berjalan dengan lancar. Bahasa ilmu di negara kita adalah Bahasa Melayu. Oleh sebab itu para cikgu perlu menguasai bahasa ini dengan baik agar murid-murid cepat faham apabila penerangan mengunakan bahasa yang semua murid faham. Walaupun terdapat murid yang tidak memahami bahasa Melayu dengan baik mereka sekurang-kurangnya mengunakan serba sedikit bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka selagi mereka menjadi rakyat Malaysia. Maka bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dalam negara kita berbanding dengan bahasa lain. 
Selain daripada penguasaan bahasa Melayu dengan baik, para cikgu juga perlu menguasai bahasa simbol untuk memudahkan penerangan pelajar. Selain daripada itu juga cikgu dapat menjimatkan masa dan ruang untuk menerangkan pembelajaran mereka apabila simbol digunakan. Simbol dan bahasa badan turut dikategorikan sebagai bahasa kerana bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Oleh sebab itu cikgu-cikgu yang budiman perlu menguasai bahasa dengan baik. 

No comments:

Post a Comment