Tuesday, January 25, 2011

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Saya ingin mengajak pembaca untuk menyelami peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dapat dibuktikan apabila bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejurutaraan, kedoktoran dan undang-undang disamping sastera dan agama.
Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden. Misalnya bidang kejuruteraan, bahasa Melayu ini mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. selain itu contoh juga dapat dilihat apabila bahasa Melayu mempunyai laras bahasa yang tepat untuk memperkatakan bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan dan banyak lagi bidang perubatan yang lain. Walaubagaimanapun menurut Nik Safiah karim laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. 
Bahasa ini untuk menjadi bahasa ilmu yang cemerlang bukan mudah. Bahasa ini perlu menempuh pelbagai cabarab untuk diiktirafkan sebagai bahasa ilmu. Oleh sebab peranan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan maka secara tidak langsung bahasa ini turut menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah Malaysia. Bahasa ilmu perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar penyampaian ilmu berjalan dengan lancar kepada semua lapisan masyarakat. 

No comments:

Post a Comment