Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog saya. Kemarin saya telah mengunakan sajak untuk menyampaikan perasaan saya. hari ini pula saya mengunakan sajak untuk tujuan yang saya.
Sajak yang saya ukilkan ini bukan sahaja untuk suka-suka, sajak ini mengandungi cerita. Sajak banyak digunakan oleh penulis untuk menyampaikan buah fikiran serta pengalaman mereka.
Contoh penyajak yang mengunakan sajak untuk menyampaikan buah fikirannya ialah Abdul Halim Ali. Beliau mengunakan sajak yang bertajuk " Sajak kepada ahli parlimen" untuk menegur sikap para ahli parlimen.
Saya pula mengunakan sajak untuk menceritakan kisah seseorang yang rapat dengan saya.
MAWAR BERDARAH
Nukilan : Setah
Mawar,
Sinar mata mu cerah memancar menyinari,
Setiap insan yang menatap dirimu dan kumbangmu,
Itulah isyarat menandakan dirimu bahagia,
Aku turut tumpang meniti hari bahagiamu.
Mawar,
Inai masih dijari,
Dirimu menitis air mata,
Dirimu merintih pilu,
Dirimu perit seluruh tubuh,
Dirimu tak seceria sedahulu,
Mengapa mawar.
Dalam dakapan ku,
Semua cerita terungkai,
Ku tatap dan belek batang tubuh mu,
Biru, Merah, hitam,
Warna itu menghiasi kulitmu kasihku,
Titis air mata ku tak tertahan,
Menatap keperitan mu,
Itulah tanda kedayusan pilihan hatimu dulu.
Ku gengam tanganmu,
Iringi jauh dari durjana itu,
Usah berpaling lagi,
Jangankan dirimu di seksa,
Benih dalam tubuhmu turut tidak diakui,
Mawar yang berdarah,
Moga Tuhan memberkatimu,
Temukan dirimu dengan orang yang sudi mengubati lukamu,
Membalut dan menjaga kelopak mu,
Supaya tidak berdarah dan terkopek lagi.
UPSI, Tanjung Malim.
12/01/2011
No comments:
Post a Comment