Hari ini kami sekawan merancang untuk mengugurkan salah satu kursus yang kami ambik untuk semester ini. Pada awalnya kami mengingatkan tidak ada halangan untuk mendapat kebenaran daripada pensyarah supaya nama kami digugurkan. Apabila sampai di bilik pensyarah kami mengutarakan permintaan kami. Walaubagaimanapun kami di minta oleh pensyarah memberi jawapan mengapa kami memilih keputusan untuk mengugurkan kursus beliau. Alasan kami ialah kami tidak mampu mengambil lebih jam kredit untuk semester ini.
Apabila mendengar alasan kami tersebut, beliau telah memberi kami motivasi agar tidak mudah mengalah setelah melangkah ke hadapan. Sekiranya orang lain mampu membawa lebih jam kredit kenapa kami pula tidak mampu? selain daripada itu beliau mengingatkan kami supaya berpandangan positif dan jangan menyerah kalah sebelum memulakan sesuatu. Pemilihan kata, intonasi serta gaya bahasa nonverbal beliau semasa memotivasikan kami mampu membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan lebih jam kredit ini.
Perkara yang ingin saya utarakan disini ialah peranan seseorang pemotivasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Seorang pemotivasi pula perlu mengetahui cara-cara serta pengetahuan tentang motivasi ini agar pelanggan mereka berkayakinan dalam meneruskan kehidupan seharian mereka. Bahasa verbal dan nonverbal perlu dikuasai supaya penyampaian itu lebih berkesan kepada pelanggan. Selain daripada itu seseorang pemotovasi perlu pandai memainkan emosi pelanggannya supaya emosi mereka lebih ke arah positif.
hai sahabat, saya agak setuju dengan kenyataan tersebut namun adakah motivasi yang diberikan benar-benar meninggalkan kesan kepada diri dan ada sesetangah pemotivasi itu bermain kata-kata untuk kepentingan dirinya.bolehkah sahabat memberi sedikit pandangan.sekian,terima kasih.
ReplyDeletePemotivasi yang bermain kata-kata itu dari segi apa? Adakah dia mengalakkan kita memaksa kita melakukan sesuatu yang kita tidak suka atau sesuatu yang boleh memberi keburukan kepada kita?.
ReplyDeletePemotivasi biasanya menaikkan semangat orang untuk terus berjaya dalam kehidupan. Oleh sebab itu dia tidak boleh memainkan emosi pedengarnya. Sekiranya dia bertujuan untuk kebaikan maka tidak salah dia bermain kata untuk kepentingan dia supaya berjaya membantu pelanggannya.