Situasi kita sentiasa berterima kasih sentiasa berlaku di mana-mana. Peristiwa ini akan berlaku apabila orang lain atau kita sendiri telah menerima sesuatu daripada seseorang. Perkara ini sentiasa saya lihat semasa pelajar-pelajar turun daripada bas. Mereka sentiasa menghargai jasa-jasa pemandu bas yang bersusah payah menghantar mereka ke destinasi yang di tuju. Sikap sebegini amat baik untuk disemai kerana kita dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada orang yang yang membantu kita.
Kewujudan frasa "terima kasih" sangat membawa erti yang biasa jika diaplikasikan dalam hidup kita. Apabila kita menghargai sumbangan yang diberikan oleh orang lain dengan berterima kasih maka orang lain tidak akan teragak-agak untuk membantu kita lagi pada masa akan datang. Oleh sebab itu janganlah malu untuk mengungkapkannya.
No comments:
Post a Comment