Friday, February 11, 2011

Bahasa Istana

Bahasa Melayu memang dikenali sebagai bahasa yang sangat mementingkan sopan dan santun semasa berbahasa. sikap ini telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi sehingga melahirkamn beberapa kategori bahasa tertentu seperti bahasa istana, bahasa basahan, bahasa dalam, bahasa pasar dan sebagainya. bentuk bahasa ini diucap oleh golongan dengan berdasarkan tempat dan masa tertentu melambangkan tertib dan harmoni rakyat Malaysia. saya ingin mengajak pembaca untuk mengenali bahasa istana. saya berminat mengkaji bahasa istana ini kerana tertarik dengan adat dan istiadat yang terdapat dalam sesebuah istana. Melalui tontonan video berkaitan dengan bahasa istana ini saya ingin berkongsi dengan anda maklumat berkaitan dengan bahasa ini. 
Bahasa istana ini telah dipertuturkan sejak zaman silam lagi hinggalah sekarang oleh golongan istana. bahasa ini memperlihatkan beberapa ciri yang sama dengan bahasa klasik. bahasa ini memang diperturunkan sejak zaman dahulu lagi sehinggakan kesan penggunaan bahasa ini dapat dilihat sampai sekarang. walaubagaimanapun terdapat banyak perubahan bahasa tersebut. ciri-ciri bahasa ini khusus mengambarkan keindahan, keunikan dan kekayaan budaya Melayu. saya ingin mengetengahkan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu yang dapat menjadi panduan kepada pembaca semasa berhubung dengan golongan istana ini.
Ciri-ciri penting bahasa istana ialah bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu. bahasa istana juga mempunyai ciri pengulangan, pemulukan dan pendinaan. ungkapan di raja ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis. 
Ungkapa rutin bahasa sudah jumud, iaitu tidak berubah. dari segi penggunaan melibatkan konteks-konteks tertentu sahaja, khususnya dalam memberikan penghormatan, memulakan sembah, menyatakan sembah, berbesar hati atau berterima kasih. ungkapan leksikel pula merujuk kepada komponen bahasa yang memuatkan semua maklumat makna dan penggunaan kata. leksisi juga merupakan kosa kata atau penbendaharaan kata. leksis boleh terdiri daripada kata, istilah bukan pinjaman. perbendaharaan kata leksis dalam bahasa istana ialah kata yang mempunyai makna denotasi dan konotasi.
Begitulah ciri-ciri bahasa istana yang dapat saya kongsi bersama anda semua. diharapkan perkongsian seba sedikit ini dapat membantu anda semua mengenalpasti bahasa istana. 

1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu, saya pelajar stpm modular 2013.. nak minta kajian bahasa istana yang cikgu buat di universiti.. saya nak jadikan rujukan untuk mini tesis saya..
    miezi.moshi@yahoo.com - ym,fb

    ReplyDelete