Komunikasi lisan digunakan sejak zaman Aristotel untuk tujuan memujuk atau mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu mengikut apa-apa yang dikehendaki. Sebagai sumber cara percakapam di hadapan khalayak, kelancaram dan kefasihan berbicara amat diperlukan. Inilah yang dikenali sebagai penucapan lisan yang menggunakan bahasa untuk mempengaruhi proses berkomunikasi kerana bahasa memiliki fungsi berikut :
1. Menjelaskan makna mesej tersurat dan tersirat.
2. Membantu menguasai realiti komunikasi yang berlaku.
3. Membolehkan proses berfikir, menginterprestasikan dan memilih.
4. Membentuk identiti individu atau sosial.
5. Membantu pencarian dan perkongsian maklumat.
6. Menyesuaikan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi.
7. Memantau proses berkomunikasi yang berkesan.
Dalam membicarakan sesuatu secara lisan, penggunaan bunyi dan makna boleh ditafsirkan secara berasingan. Ini boleh dinilai semasa sesuatu disampaikan. contohnya "saya tidak bersetuju dengan pendapat anda". Dari segi perkataan, seseorang akan beranggapan bahawa seseorang mendengar pengucapan dengan jelas, pengucapan tersebut akan difahami penyampaiannya.
Jika mengucapkannya berlaku dengan nada yang kasar yang diikuti perlakuan, seseorang akan mengetahui apa-apa sebenarnya tersirat di sebalik perucapan tersebut. Daripada penggunaan bahasa, kita juga mampu mewujudkan suasana yang dikehendaki. Suasana tersebut mungkin sesuatu keadaan yang mengembirakan ataupun sebaliknya. Dengan berbahasa juga seseorang mampu memperdayakan orang lain atau suasana. Bahasa juga mengandungi perkataan-perkataan yang menguji minda seseorang, Bahasa mempunyai makna unik dan tersendiri mengikut apa-apa yang ingin disampaikan. Bahasa yang digunakan membolehkan seseorang mengubah sesuatu struktur ayat mengikut kehendak dan keperluan setiap individu ketika berkomunikasi.
Begitulah perbincangan yang dapat saya berkongsi bersama pembaca berkaitan dengan komunikasi lisan.
No comments:
Post a Comment