Tuesday, February 15, 2011

Kepentingan Laras Bahasa

Semasa membaca surat khabar saya suka bahagian hiburan. Bahagian mempunyai bahasa yang santai dan senang untuk difahami. Bahagian yang tidak saya sukai atau tidak akan saya sentuh ialah bahagian sukan. Kemungkinan saya tidak menyukai bahagian sukan adalah kerana laras yang digunakan oleh media tidak menepati cita rasa saya yang suka santai. Bahagian ini juga mengunakan perkataan yang sukar difahami. Cuma orang yang arif dan faham dengan istilah-istilah yang digunakan dalam bahagian ini sahaja yang mengerti perkara ini. Selain daripada bahagian ini saya juga memerhatikan bahawa banyak lagi laras bahasa dalam surat khabar, misalnya laras sains, laras teknikal, laras agama, laras klasik dan laras akdemik. Semua laras ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat membezakan mereka antara satu sama lain. Saya ingin membantu semua pembaca mengenali setiap jenis laras bahasa tersebut.
Laras bahasa merupakan ciri bahsa yang bersifat universal. Perbincangan ini tidak terlepas dari membincangkan dua konsep iaitu pengguna dan penggunaan. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza melahirkan laras. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini juga mewujudkan situasi dan faktor yang berlainan. Laras merujuk kepada gaya dalam penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan, manakala penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Laras bahsa boleh dikatakan sebagai unsur bahasa.
Laras bahasa umum digunakan untuk menerangkan sesuatu topik khusus kepada pembaca atau pendengar yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang sama bidang. Laras teknikal bermaksud semua jenis teks dalam semua bidang kepakaran. 
Laras agama digunakan untuk menerangkan topik dengan tujuan khusus. Satu ciri psikologi terhadap laras agama, penganut menganggap teks laras agama sebagai sesuatu yang mulia dan suci. Laras bujukan ialah mengimbau, memanggil, meminta, memohon atau menyeru supaya pendengar atau pembaca bersetuju, lalu mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu. Laras klasik terdapat dalam karya Melayu lama seperti dalam hikayat dan kitab kuno. Laras klasik ini sebenarnya adalah bahasa Melayu lama. 
Laras iklan terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Media iklan adalah bentuk seperti bunyi, bahan cetak dan pita filem. fungsi utama laras ini adalah untuk memperkenalkan dan menjual objek yang diiklankan. laras iklan adalah bentuk bahasa pujukan yang terpenting dan paling meluas penggunaannya. 
Laras sastera pula mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. bezanya, bidang yang diperkatakan itu adalah tentang bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Laras jenis perniagaan digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Begitulah serba sedkit jenis laras bahasa yang saya kongsikan bersama pembaca semua.

1 comment:

  1. salam kak, kak ada tak senarai unsur pemujukan dan besertakan penerangan atau huraian????

    ReplyDelete