Wednesday, February 23, 2011

Penggunaan Kata

Penulisan mengutamakan penggunaan kata yang mudah dna langsung untuk memenuhi ciri kejelasan dan untuk menggelakkan kekaburan. Fakta yang menarik, umum dan interpretatif, sedapat mungkin dielakkan dan digantikan dengan kata yang khusus, sedrhana dan tidak mempunyai tafsiran yang pelbagai. Kata lain yang dielakkan penggunaannya ialah slanga, singkatan, istilah teknikal dan perkatan penting. 
Slangan merupakan unsur subbudaya begi sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat dan oleh sebab itu bukan merupakan bahagian daripada kosa kata umum yang dikuasai oleh khalayak keseluruhannya. Demikian juga singkatan merupakan satu bentuk yang tidak formal dan untuk memenuhi keperluan khalayak. Sekalipun difahami,bentuk itu adalah bentuk tidak formal. Dalam pada itu, kata atau istilah teknikal lebih merupakan kosa kata yang digunakan dalam laras bahasa ilmiah dan saintifik, bukan untuk laras berita yang khalayaknya jauh lebih luas. Bagaimanapun, istilah yang telah meluas penggunaannya dan perlu digunakan untuk kejelasan maklumat doleh digunakan. Kata-kata asing pula sedapat mungkin dielakkan oleh sebab khalayak penulisan bahasa Melayu tidak semuanya terdiri daripada orang terdedah dengan bahasa asing.
Di samping itu, penulis perlu berhati-hati dalam penggunaan kata yang bersifat menilai atau melabel seperti kata pejuang, penjenayah, pengganas, fanatik, penyeleweng dan sebagainya.. Kata-kata sedemikian jika tidak disertai bukti yang sahih akan menimbulkan ciri tidak objektif dalam pemberitaan. 
Demikian juga ,kata adjektif yang umum  dan tidak merujuk kepada kuantiti atau ukuran atau pernyataan yang dapat diverifikasikan sedapat-dapatnya dielakkan dan digantikan dengan kata yang lebih konkrit. Sebagai contoh, kata maju, cemerlang , baik, dahsyat dan sebagainya merupakan adjektif yang sangat umum.  Kata maju, misalnya lebih sesuai dengan pendapatan perkapita atau peratus sumbangan industri kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, penggunaan adjektif sedemikian boleh digunakan asal sahaja, disertai pernyataan atau penjelasan yang dapat diverifikasikan.
Begitulah perbincangan tentang penggunaan kata dalam penulisan.

No comments:

Post a Comment