Semasa kita berinteraksi dengan seseorang kadang kala perkara yang kita sampaikan tidak dapat difahami oleh penerima dengan baik atau tidak di terima langsung. Hal ini menunjukkan komunikasi antara dua belah pihak tidak atau kurang berjaya kerana mesej yang disampaikan tidak sampai kepada penerima. Apabila perkara ini berlaku terdapat kesan lain yang timbul yang boleh menyebabkan perselisihan pendapat atau salah faham antara pemberi dan penerima maklumat. Oleh sebab itu pemeberi harus mengena pasti perkara-perkara yang boleh menghalang komunikasi agar mesej yang disampaikan dapat diterima dan difahami si penerima dengan baik dan jelas.
Komunikasi lisan mengunakan bahasa yang mungkin disalahertikan dan berubah menjadi konflik komunikasi yang sukar dibendung. Terdapat banyak halangan yang menjadikan komunikasi kurang berkesan. Antara sebab yang menghalang komunikasi lisan ialah penerimaan atau andaian bahawa bahasa mempunyai satu makna tertentu sahaja. Kesukarana memahami bahasa atau salah faham maksud menyebabkan komunikasi kurang berkesan. Di dalam komunikasi, seseorang harus sensitif terhadap penerima mesej atau mengkaji konteks di mana komunikasi lisan digunakan supaya majsud difahami dan diterima dan diinterprestasi seperti yang dimaskudkan.
Halangan komunikasi lisan juga disebabkan perbezaan budaya. Bahasa dalam komunikasi lisan memberikan mesej yang berbeza dalam budaya yang berbeza. Bahasa yang generik hanya difahami oleh golongan tertentu. Dalam budaya konteks rendah di Amerika, perkara yang diucapkan merupakan tujuan ia dikomunikasikan dan menepati perkara yang dimaksudkan oleh komunikator. Pendekatan serta maksudnya jelas dan terang malahan tiada interprestasi tersirat disebaliknya. Berbeza dengan konteks budaya tinggi pula sebaliknya dengan konteks budaya rendah. perkara yang dikomunikasikan dalam budaya tinggi merupakan interprestasi menurut konteks amalan. Perkara ini mengambil kira perasaan dan tanggapan yang tersirat. Walaupun bahasa sesuatu bangsa itu dapat difahami dan diaplikasi, kegagalan untuk menyesuaikan bahasa tersebut dengan amalan etnik budaya akan menimbulkan masalah dalam komunikasi lisan.Berkomunikasi dengan seseorang yang telah berumur perlu mengunakan bahasa yang sesuai. Dati keadaan yang digambarkan di atas, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam komunikasi lisan dalam konteks budaya yang berbeza-beza. Kegagalan memahami atau menyesuaikan komunikasi dengan amalan budaya akan seringkali menimbulkan salah faham.
Perbezaan individu juga menjadi penghalang komunikasi lisan. perbezaan pada individu dapat dilihat dari latar belakang diri, bangsa, etnik, budaya amalan dan juga gender. Banyak kajian yang dijalankan mengenal pasti perbezaan antara wanita dan lelaki. Namun wujud juga stereotaip terhadap gender yang halangan dalam komunikasi lisan.
Begitulah perbincangan seba sedikit tentang halangan dalam komunikasi lisan.
No comments:
Post a Comment