Peristiwa yang menarik perhatian saya hari ini ialah berkaitan dengan peranan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Semasa di kuliah sedang berlangsung jelas menunjukkan bahawa bahasa sangat penting untuk tujuan menyampaikan ilmu. Tanpa bahasa sebagai alat komunikasi sudah tentu penyampaian ilmu tersebut tidak tercapai. Selain daripada peranan bahasa untuk menyampaikan maklumat bahasa juga mempunyai fungsi bahasa yang lain. Fungsi bahasa akan dibincangkan dalam penulisan ini secara ringkas pada hari ini.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Bahasa sangat berguna kerana tanpa bahasa masyarakat sukar untuk melakukan sesuatu. Bahasa terdiri daripada sistem atau lambang, bukti atau simbol untuk menghuraikan perasaan, idea dan maksud. Bahasa menyatakan inti pati pemikiran, terutamanya dalam komunikasi, sama ada lisan atau tulisan. Bahasa melibatkan nahu, tatabahasa, perkataan dan bunyi serta makna. menerusi bahasa yang betul, mesej dapat difahami dan disampaikan kepada si penerima.
Bahasa penting untuk proses pertukaran maklumat. Ini membolehkan seseorang membentuk kategori dan menginterpretasi situasi yang berlaku dalam alam sekeliling. Melalui bahasa juga, maklumat diperoleh dengan menerang, mengambar dan menyatakan sesuatu yang telah didapati, malah dapat menyampaikannya kembali kepada seseorang yang lain. perkongsian maklumat menerusi bahasa amat penting. Disinilah bukti bagi keperntingan bahasa dalam komunikasi. bahasa yang difahami akan membantu komunikasi yang berkesan.
Selain daripada bahasa digunakan untuk memperoleh maklumat, bahasa juga digunakan untuk menceriakan suasana. Semasa situasi tegang, bahasa digunakan untuk menceriakan suasana seperti berbual-bual, menulis surat, bercakap atau bertutur. Daripada berinteraksi, manusia mampu mengubah situasi, di samping meningkatkan keyakinan diri.
Bahasa digunakan mengawal dan meluahkan emosi. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan dan isi hati. Seseorang yang mengalami tekanan boleh meluahkan perasaan dengan menjerit sekuat hati atau berkongsi masalah dengan berdoa, menulis dan bercerita. Apabila semua masalah sudah diluah secara tidak langsung tekanan dapat dikurangkan.
Rahsia yang disimpan dilubuk hati dapat disampaikan dengan tepat dalam bahasa yang jelas dan terang. Pada masa yang sama, dengan mengunakan parabahasa, maksud sebenar sesuatu ayat atau kebenaran dapat disembunyikan. Penggunaan bahasa sedemikian selalunya mempunyai tujuan tertentu, seperti mengelakkan daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak yang sedang berkomunikasi. Bahasa yang ramah bunyi atau mesra nada boleh menjalinkan sesuatu hubungan dengan seseorang. Begitu juga sebaliknya. Jika kita menyenangi seseorang, kita akan menelefonnya untuk bertanya khabar atau menghantar emel yang bertujuan mengeratkan hubungan dan berinteraksi mesra antara satu sama lain. Dalam keadaan yang sebaliknya pula, jika seseorang itu tidak disenangi atau dibenci kerana perlakuannya, pasti seseorang itu akan mengelak untuk bercakap dengannya.
Bahasa boleh juga untuk mengawal perlakuan atau keadaan. Bahasa berfungsi mempengaruhi, mewujudkan , memujuk atau menguasai persepsi atau penerimaan orang lain. Dalam kebanyakkan situasi, bahasa mempengaruhi keadaan. Mesej dalam bahasa diinterprestasi dalam pelbagai konteks penerima. Bahasa juga kadangkala menimbulkan konflik apabila salah tafsir.
Begitulah fungsi bahasa yang dibincangkan dalam lembaran ini. diharapkan dapat membantu para pembaca mengenalpasti peranan bahasa dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment