Bahasa asing yang saya maksudkan dalam tajuk di atas ialah bahasa selain daripada bahasa Melayu. Masyarakat Malaysia sudah semestinya mempunyai banyak etnik selain daripada masyarakat yang berbangsa Melayu. Mereka sudah pasti menggunakan bahasa etnik mereka sendiri untuk berinteraksi antara satu sama lain. Apabila mereka berada di luar pula barulah mereka mengunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi antara rakyat Malaysia. Lumrah manusia ingin meneroka dan menguasai lebih banyak bahasa dalam kehidupan mereka menjadi kelebihan kepada mereka yang menggunakan banyak bahasa. Malahan ini memberi penghormatan kepada bahasa tersebut kerana terdapat orang etnik lain yang berjaya menuturkan bahasa tersebut. Hal ini bermaksud telah bertambah orang yang menjadi kepada pengguna bahasa tersebut.
Oleh sebab kerana ingin mengenali bahasa lain, saya mengambil kursus bahasa Jepun dan Mandarin kerana ingin menyumbang kepada bilangan penutur bahasa tersebut. Walaupun bahasa tersebut tidak dituturkan dengan sempurna, cukuplah sekadar saya mengetahui asas bahasa tersebut. Malahan saya mengaplikasi bahasa ini dengan kawan yang sama-sama mengambil kursus ini. kami berasa seronok kerana dapat berinteraksi serba sedikit dengan kawan yang berbahasa Mandarin dengan mengunakan bahasa Mandarin.
Cadangan saya supaya kita jangan terikat dengan bahasa etnik kita sahaja.Kita sepatutnya sedaya upaya mempelajari bahasa lain. Hal ini sangat penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan. Hal ini dapat dibuktikan dengan cara etnik -etnik yang lain harus menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan interksi antara bangsa Malaysia. Sekiranya negara kita tidak ada bahasa rasmi yang digunakan maka sukar untuk negara kita untuk mencapai keharmonian kerana tidak ada interaksi antara rakyat Malaysia yang mesra.
No comments:
Post a Comment