Hari ini saya melihat beberapa kelompok remaja yang sedang rancak berbual. apabila saya cuba mendengar perkara yang diperbualkan oleh mereka terdapat beberapa perkatan yang tidak pernah saya dengar didengari daripada mereka. saya sungguh tertarik dengan perktaan tersebut dan mencuba mencari dalam kamus. ternyata perktaan tersebut tidak wujud dalam kamus. berdasarkan penelitian tersebut ternyata bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa slanga.
Bahasa merupakan wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. oelh sebab itu bahasa ini menjadi keperluan kepada sosial, bahasa menjadi alat penting dalam penyampaian maksud. bahasa ialah satu sistem lambang pertuturan arbitirari yang digunakan manusia sebagai alat komunikasi. Saya dapat memerhatikan bahasa bahasa kita di Malaysia ini terdapat pelbagai dialek. Setiap negeri malahan daerah sendiri mempunyai dialek tertentu yang membezakan penduduk tersebut dengan yang lain. selain daripada dialek atau juga dikenali bahasa slangan tidak tergolong dalam bahasa baku dan mempunyai taraf rendah yang hanya digunakan khusus oleh golongan remaja. pada asalnya bahasa slanga bermaksud telor, dialek atau longhat.
Perkataan yang digunakan dalam bahasa ini tidak wujud dalam kamus bahasa kita. bahasa Melayu yang dinamik dan menerima perktaan diluar kamus adalah sangat baik untuk memperkasa bahasa Melayu. walaubaimanapun, kebaikan ini disalahgunakan dengan mencipta istilah sendiri. golongan remaja dan kelompok sosial tertentu menjadikan bahasa ini satu kebiasaan semasa berinteraksi. malahan golongan ini bijak mengaplikasikan perkataan yang digunakan dalam bahasa seharian sebagai perkataan mereka. tetapi maksud perkataan tersebut hanya difahami oleh golongan mereka sahaja. hal ini sama dengan peristiwa yang dilalui oleh saya. saya seperti mendengar perkataan tersebut tetapi apabila saya melihat dalam konteks ayat ternyata perkataan tersebut tidak padan dengan ayat itu.
sekiranya penggunaan bahasa ini menjadi kebiasaan kepada penutur secara tidak langsung mereka juga terbawa-bawa dalam ucapan formal mereka. oleh sebab itu bahasa slanga tidak harus menguasai segenap bahasa kita sehingga meghilangkan kesucian bahasa Melayu yang formal dan baku.
No comments:
Post a Comment