Friday, January 28, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Cuti  sempena perayaan saudara kita yang berbangsa Cina sudah tiba. Pelajar yang bukan bangsa Cina turut menumpang perayaan ini dengan bercuti bersama keluarga. Apabila sudah menjelang perayaan ada juga yang turut berkunjung ke rakan taulan yang menyambut perayaan Tahun baru Cina ini.Begitulah perayaan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai perayaan. Sudah menjadi kewajipan semua rakyat Malaysia saling tumpang menumpang memeriahkan perayaan masing-masing. Bangga menjadi rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum tetapi tidak pernah pernah peperangan kaum lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969. Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada pemimpin negara yang bersusah payah membentuk keamanan ini. 
Ternyata usaha kerajaan menetapkan  bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sangat berkesan untuk membina negara bangsa. Peranan pihak kerajaan untuk mempertahankan bahasa ini terus bertahan dalam kalangan rakyat Malaysia harus dijalankan dengan sebaik mungkin.
Apabila semua rakyat Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan lancar maka interaksi antara rakyat Malaysia menjadi akrab. Hal ini kerana mereka tidak berasa kekok untuk berbual dan dapat berkongsi pemahaman dengan lebih baik. Apabila mereka sudah saling memahami mereka tidak mudah melenting apabila terjadi sesuatu yang salah faham dan membawa masalah tersebut ke meja perbincangan. Terdapat banyak lagi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukkan negara bangsa di Malaysia.

Tuesday, January 25, 2011

Aku tidak Sendiri

Setiap manusia inginkan perhatian daripada orang lain. Oleh sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekelilingnya untuk memberi perhatian kepadanya. Salah satu cara adalah mengunakan tutur bicara yang baik dan sedap didengar selain daripada mempamerkan tingkah laku yang baik dnan sopan.sekiranya budi bicara kita baik dan menyenangkan perasan orang sekelilingnya sudah pasti kita menarik perhatian semua orang. Orang akan senang hati disamping kita dan perhatian yang berlebihan akan kita perolehi. 
Untuk menarik perhatian orang salah satu cara yang paling mudah dan mujarab ialah sentiasa senyum. senyum membuatkan muka seseorang itu kelihatan manis dan mendamaikan hati sesiapa yang memandangnya. Orang lain tidak akan rasa takut dan was-was untuk menyapa kita kembali setidak-tidaknya balasan senyuman akan kita terima. selain daripada itu senyum selalu akan membuatkan kita hingga tekanan. 
walaubagaimanapun janganlah kita senyum tanpa bersebab da tidak kena pada tempatnya. misalnya seorang gadis sekiranya asyik senyum pada sesiapa termasuk lelaki yang tidak dikenali boleh menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku. kemungkinan orang itu bersangka buruk dan mengambil kesempatan ke atas gadis itu. Senyum berpada-pada dan jangan mahal untuk senyum. Senyum merupakan bahasa bukan lisan yang digunakan untuk mengambarkan seseorang itu ingin berkawan dan mesra dengan anda semua. Jadi senyum dan maniskan muka anda semua..
(^_^).....

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Saya ingin mengajak pembaca untuk menyelami peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dapat dibuktikan apabila bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejurutaraan, kedoktoran dan undang-undang disamping sastera dan agama.
Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden. Misalnya bidang kejuruteraan, bahasa Melayu ini mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. selain itu contoh juga dapat dilihat apabila bahasa Melayu mempunyai laras bahasa yang tepat untuk memperkatakan bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan dan banyak lagi bidang perubatan yang lain. Walaubagaimanapun menurut Nik Safiah karim laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. 
Bahasa ini untuk menjadi bahasa ilmu yang cemerlang bukan mudah. Bahasa ini perlu menempuh pelbagai cabarab untuk diiktirafkan sebagai bahasa ilmu. Oleh sebab peranan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan maka secara tidak langsung bahasa ini turut menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah Malaysia. Bahasa ilmu perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar penyampaian ilmu berjalan dengan lancar kepada semua lapisan masyarakat. 

MicroTeaching

Hari ini merupakan pembentangan tentang "microteaching" untuk kursus universiti. Kami mengunakan kemahiran papan hitam/putih untuk mengajar. Semasa kami mengaplikasikan kemahiran ini dikelas terdapat juga kawan-kawan yang lain bertindak untuk memberi komen tentang cara kami membentang. Semasa mengajar saya mengunakan sub kemahiran mengunakan simbol seperti anak panah untuk menunjukkan jalan cerita cerita "Kasut Kelopak jantung. Selain itu saya juga menggunakan frasa atau ayat ringkas semasa menulis dan mengunakan penunjuk untuk menerangkan perkara yang saya catatkan di papan putih. 
Peranan penggunaan bahasa semasa mengajar amat penting untuk memudahkan pelajar faham berkaitan dengan perkara yang ingin diajar. Sekiranya cikgu tidak menguasai bahasa ilmu dengan cekap maka penerangan tidak boleh berjalan dengan lancar. Bahasa ilmu di negara kita adalah Bahasa Melayu. Oleh sebab itu para cikgu perlu menguasai bahasa ini dengan baik agar murid-murid cepat faham apabila penerangan mengunakan bahasa yang semua murid faham. Walaupun terdapat murid yang tidak memahami bahasa Melayu dengan baik mereka sekurang-kurangnya mengunakan serba sedikit bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka selagi mereka menjadi rakyat Malaysia. Maka bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dalam negara kita berbanding dengan bahasa lain. 
Selain daripada penguasaan bahasa Melayu dengan baik, para cikgu juga perlu menguasai bahasa simbol untuk memudahkan penerangan pelajar. Selain daripada itu juga cikgu dapat menjimatkan masa dan ruang untuk menerangkan pembelajaran mereka apabila simbol digunakan. Simbol dan bahasa badan turut dikategorikan sebagai bahasa kerana bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Oleh sebab itu cikgu-cikgu yang budiman perlu menguasai bahasa dengan baik. 

Novel "Intelok"

Hari ini menghadiri seminar yang membincangkan tentang novel "Intelok". Seperti yang sedia maklum novel ini telah mencetuskan isu yang paling hangat sehingga menyebabkan perbalahan antara pelbagai pihak. Hari ini saya mendengar pendapat-pendapat setiap pendiskusi berkaitan dengan mempertahankan agar teks asal novel ini tidak diubah mengikut kehendak pihak yang membangkang agar novel ini tidak menjadi teks wajib sastera di sekolah. Pendiskusi pada hari ini ialah En Halim Ali dengan Prof Mana Sikana yang kedua-duanya mempertahankan agar teks asal tidak digubah untuk menjadi edisi pelajar di sekolah. Perkataan yang menimbulkan ketidakpuasan hati kaum India ialah tentang "perbezaan kasta" dalam novel tersebut. 
Saya terfikir bahawa perkataan yang pendek sahaja boleh menyebabkan perbalahan yang besar dalam sesebuah masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa bahasa amat penting dalam menyatupadukan masyarakat selain daripada itu dapat memecahbelahkan sesebuah masyarakat. Ketidakfahaman semua lapis masyarakat tentang sesuatu perkara menyebabkan mereka berbeza pendapat. Apabila sudah berbeza pendapat mereka pula cenderung untuk menegakkan pendapat masing-masing. Medium yang digunakan untuk menegakkan pendapat masing-masing sudah semestinya melalui bahasa sebagai bahan perantaraan untuk menyampaikan buah fikiran masing-masing.
Bahasa memainkan peranan yang amat penting untuk menyatukan masyarakat dalam sesebuah negara tambahan lagi negara yang mempunyai pelbagai etnik didalamnya. Penyalahgunaan bahasa untuk kepentingan peribadi adalah tidak patut dilakukan oleh masyarakat yang budiman. Mereka perlu membuka minda dan  mendengar penjelasan semua orang tentang sesuatu perkara dan tidak bertindak melulu. Apabila seseorang dikawal oleh emosi maka segala tingkah laku dan tutur bicaranya juga mengikut emosi dan tidak rasional di mata orang lain.

Friday, January 21, 2011

Awang Sariyan

Hari ini menghadiri seminar yang berkaintan dengan sosiolinguistik. Penceramah yang tidak asing dan merupakan pemikir bahasa yang sangat popular menjadi penceramah wajib dalam seminar ini. Terdapat pelbagai isu-isu tentang bahasa yang dibincang oleh beliau dalam ceramah beliau ini.

Thursday, January 20, 2011

Drama

Sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog saya atau kepada pengimbas blog saya sahaja. semoga baik-baik selalu. Hari ini merupakan cuti am jadi tidak ada kelas. Perkara yang menarik perhatian saya kali ini ialah penulisan skrip drama.
Saya ditugaskan untuk menulis skrip drama untuk pementasan yang akan datang. Saya mencadangkan kepada kawan saya agar kami mengunakan zaman penjajahan British sebagai latar untuk drama kami. Saya berminat untuk membuat pementasan ini kerana mengimbas kembali kesusahan rakyat zaman penjajahan dahulu. Mereka tidak bebas di tanah sendiri.
Bilangan babak yang dicadangkan hanya empat sahaja. Situasi yang ingin dibuat sudah digambarkan tetapi untuk mewujudkan dialog yang mengambarkan peristiwa masa itu tidak dapat saya fikirkan lagi. Saya tidak dapat menyusun peristiwa tersebut dengan baik kerana tidak ada idea. Tambahan pula saya tidak ada pengalaman lagi dalam penulisan skrip ini. Walaubagaimanapun saya memang berminat dalam bidang penulisan tidak melepaskan peluang ini untuk mengaut pengalaman membina skrip drama.
Kepada kawan-kawan yang ingin menyumbangkan idea dipersilakan untuk membantu saya.
Babak 1 : Mengambarkan penduduk disebuah kampung yang kecoh melihat notis kenaikan cukai oleh British.
Babak 2 : Perbincangan di rumah ketua kampung.
Babak 3 : Rundingan bersama penasihat British.
Babak 4 : Pengumuman penurunan cukai.

Tuesday, January 18, 2011

Mesej dalam lirik lagu

Semua manusia pasti menyukai muzik. Oleh sebab itu sesetengah mereka suka meluahkan perasaan mereka melalui lirik lagu. Lirik lagu juga merupakan sebuah alat komunikasi digunakan oleh manusia untuk berhubung. Hal ini kerana setiap lirik lagu mempunyai jalan cerita tersendiri dengan mengunakan ayat serta frasa yang pendek , tepat dan padat. Pemuzik atau pengubah lirik lagu juga berperanan dalam mencipta lagu yang memberi kesan kepada pendengar hingga membawa kepada perubahan dalam diri pendengar yang menghayati mesej yang disampaikan dalam lagu tersebut. 
Walaubagaimanapun perubahan yang kita inginkan sudah pasti inginkan tindakan yang positif serta membawa faedah kepada diri sendri serta orang lain. Misalnya perubahan yang positif berlaku dalam diri pendengar ialah pendengar itu berasa tenang dan bersemangat setelah mendengar lirik lagu yang berbentuk motivasi serta indah seni katanya. Perubahan yang positif kepada orang lain juga dapat dilihat apabila mesej yang disampaikan oleh lagu nasyid dapat mengubah pandangan hidup seseorang terhadap agama. Mereka bersedia berubah ke arah gaya hidup sihat apabila lagu tersebut menyentuh jiwa raga mereka.
Kepada pembuat lirik lagu untuk artis atau kepada segala jenis nyanyian kita hendaklah mereka lirik lagu yang mampu menyampaikan mesej yang membawa ke arah gaya hidup sihat kepada pendengar lagu kita. Jangan hanya mementingkan diri untuk menghasilkan lagu yang boleh merosakkan akhlak manusia. Gunakan kelebihan yang dibarikan oleh Tuhan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama. 
Salam.

Monday, January 17, 2011

Berterima Kasih

Situasi kita sentiasa berterima kasih sentiasa berlaku di mana-mana. Peristiwa ini akan berlaku apabila orang lain atau kita sendiri telah menerima sesuatu daripada seseorang. Perkara ini sentiasa saya lihat semasa pelajar-pelajar turun daripada bas. Mereka sentiasa menghargai jasa-jasa pemandu  bas yang bersusah payah menghantar mereka ke destinasi yang di tuju. Sikap sebegini amat baik untuk disemai kerana  kita dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada orang yang yang membantu kita.
Kewujudan frasa "terima kasih" sangat membawa erti yang biasa jika diaplikasikan dalam hidup kita. Apabila kita menghargai sumbangan yang diberikan oleh orang lain dengan berterima kasih maka orang lain tidak akan teragak-agak untuk membantu kita lagi pada masa akan datang. Oleh sebab itu janganlah malu untuk mengungkapkannya.

Saturday, January 15, 2011

Promosi

Kolej Harun Aminurrashid sedang mengadakan jualan secara besar-besaran. Apabila sesuatu program melibatkan jualan-jualan ini sudah semestinya pihak yang berniaga inginkan keuntungan yang diperolehi. Cara untuk mendapatkan keuntunganlah yang perlu dipikirkan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan agar membeli barangan mereka. 
Berdasarkan cara yang digunakan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan yang dapat saya perhatikan ialah semua peniaga pandai bermain kata-kata untuk memikat hati pembeli. Hal ini dapat dibuktikan dengan kata-kata peniaga yang melebih-lebih serta mengagungkan barang jualan mereka. Selain daripada itu peniaga juga mengunakan promosi secara bertulis. Pengedaran risalah, katalog, kain rentang semua benda ini turut dilakukan. Pihak penganjur program ini juga melakukan benda yang sama iaitu membuat promosi secara besar-besaran diseluruh kawasan universiti supaya semua orang tahu akan kewujudan program ini. Selepas itu semua orang datang untuk turut memeriahkan program tersebut.
Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah bahasa secara lisan atau tidak lisan sangat penting untuk menarik perhatian semasa promosi dilakukan. Cuma cara yang tepat dan berkesan perlu difikirkan untuk menarik perhatian pelanggan. 

Thursday, January 13, 2011

Motivasi

Hari ini kami sekawan merancang untuk mengugurkan salah satu kursus yang kami ambik untuk semester ini. Pada awalnya kami mengingatkan tidak ada halangan untuk mendapat kebenaran daripada pensyarah supaya nama kami digugurkan. Apabila sampai di bilik pensyarah kami mengutarakan permintaan kami. Walaubagaimanapun kami di minta oleh pensyarah memberi jawapan mengapa kami memilih keputusan untuk mengugurkan kursus beliau. Alasan kami ialah kami tidak mampu mengambil lebih jam kredit untuk semester ini.
Apabila mendengar alasan kami tersebut, beliau telah memberi kami motivasi agar tidak mudah mengalah setelah melangkah ke hadapan. Sekiranya orang lain mampu membawa lebih jam kredit kenapa kami pula tidak mampu? selain daripada itu beliau mengingatkan kami supaya berpandangan positif dan jangan menyerah kalah sebelum memulakan sesuatu. Pemilihan kata, intonasi serta gaya bahasa nonverbal beliau semasa memotivasikan kami mampu membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan lebih jam kredit ini. 
Perkara yang ingin saya utarakan disini ialah peranan seseorang pemotivasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Seorang pemotivasi pula perlu mengetahui cara-cara serta pengetahuan tentang motivasi ini agar pelanggan mereka berkayakinan dalam meneruskan kehidupan seharian mereka. Bahasa verbal dan nonverbal perlu dikuasai supaya penyampaian itu lebih berkesan kepada pelanggan. Selain daripada itu seseorang pemotovasi perlu pandai memainkan emosi pelanggannya supaya emosi mereka lebih ke arah positif. 

Wednesday, January 12, 2011

Cerita dalam sajak

Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog saya. Kemarin saya telah mengunakan sajak untuk menyampaikan perasaan saya. hari ini pula saya mengunakan sajak untuk tujuan yang saya.
Sajak yang saya ukilkan ini bukan sahaja untuk suka-suka, sajak ini mengandungi cerita. Sajak banyak digunakan oleh penulis untuk menyampaikan buah fikiran serta pengalaman mereka. 
Contoh penyajak yang mengunakan sajak untuk menyampaikan buah fikirannya ialah Abdul Halim  Ali. Beliau mengunakan sajak yang bertajuk " Sajak kepada ahli parlimen" untuk menegur sikap para ahli parlimen.
Saya pula mengunakan sajak untuk menceritakan kisah seseorang yang rapat dengan saya. 


MAWAR BERDARAH
Nukilan : Setah
Mawar,
Sinar mata mu cerah memancar menyinari,
Setiap insan yang menatap dirimu dan kumbangmu,
Itulah isyarat menandakan dirimu bahagia,
Aku turut tumpang meniti hari bahagiamu.

Mawar,
Inai masih dijari,
Dirimu menitis air mata,
Dirimu merintih pilu,
Dirimu perit seluruh tubuh,
Dirimu tak seceria sedahulu,
Mengapa mawar.

Dalam dakapan ku,
Semua cerita terungkai,
Ku tatap dan belek batang tubuh mu,
Biru, Merah, hitam,
Warna itu menghiasi kulitmu kasihku,
Titis air mata ku tak tertahan,
Menatap keperitan mu,
Itulah tanda kedayusan pilihan hatimu dulu.

Ku gengam tanganmu,
Iringi jauh dari durjana itu,
Usah berpaling lagi,
Jangankan dirimu di seksa,
Benih dalam tubuhmu turut tidak diakui,

Mawar yang berdarah,
Moga Tuhan memberkatimu,
Temukan dirimu dengan orang yang sudi mengubati lukamu,
Membalut dan menjaga  kelopak mu,
Supaya tidak berdarah dan terkopek lagi.

UPSI, Tanjung Malim.
12/01/2011

Tuesday, January 11, 2011

Manja ku Manja mu

Semua manusia di dunia ini sudah pasti mempunyai perkara yang diminati dan  menjadi pujaan hati masing-masing. Minat dan rasa cinta ini tidak hanya terhad kepada sesama manusia tetapi terdapat rasa suka kepada mahluk yang lain. Pelbagai cara yang digunakan untuk menunjukkan rasa sayang mereka. Semua berusaha mengunakan pelbagai kreativiti untuk melahirkan rasa cinta seperti memberi perhatian, menjaga keselamatan, memberi bunga, dan sebagainya.
Semua tindakan ini memlalui fizikal cara meluahkannya. Di samping memaparkan rasa kasih sayang ini kepada mahluk yang disukai manusia juga mengunakan bahasa semasa untuk memaparkannya juga. Apabila kedua-dua perkara ini bergabung maka penyampaian isi perasaan akan lebih menarik dan berkesan. Misalnya seorang lelaki sedang meluahkan rasa cinta kepada wanita idamannya telah memberi hadiah, di samping itu kata-kata indah dari bibir lelaki itu mengiringi suasana itu. Sudah pasti wanita tersebut percaya dan dapat melihat kesungguhan lelaki tersebut untuk mememilikinya.
Saya sebagai insan juga tidak terlepas daripada menyukai dan menyintai mahluk ciptaan Tuhan. Saya tidak memaparkan rasa cinta saya melalui fizikal sahaja. Saya memaparkan rasa cinta melalui sastera, iaitu mengunakan kata-kata yang indah. Sebelum pembaca membaca luahan hati saya sudah pasti pembaca membayangkan saya menyintai dan menyukai sesama manusia. Sebenarnya rasa cinta dan suka saya tidak terbatas sesama manusia tetapi kepada spesis lain juga. Saya paparkan rasa hati saya melalui sajak ciptaan saya sendiri. Sekiranya pembaca ingin memberi pandangan dan komen untuk penambahbaikan penulisan saya dipersilakan.


Manja ku Manja mu
Wahai mahluk ciptaan Tuhan,
Wajah mu sungguh mempersonakan ku,
Melihat dirimu bisa membuatkan hati ku berlari laju,
Mengocakkan jantung ku begitu berkeinginkan mu,
Sungguh mempersona dirimu di mata ku.

Sujud ku bersyukur kepada Tuhan
Kerana diri mu tercipta di dunia ini
Dirimu umpama lagu dan melodi hidupku ,
Penghibur  seluruh jiwa raga ku,
Seluruh tubuh mu ku sentuh penuh kasih sayang,
Dirimu ku belai manja,
Kemolekkan mu membuatku gigit bibir,
Terjerit sakit dirimu apabila tanganku mencubit geram.

Manjaku,
Andainya kawan mu melihat hubungan kita,
Sudah pasti mereka cemburu,
Tapi aku tidak setiamu,
aku tidak hanya pandang mu sorang,
Aku turut berkeinginan kepada kawan mu,
Kerana insan seperti mu begitu menarik hati dan sanubari ku.
Tetapi dirimu tidak kisah,
Dirimu tahu ku hanya mampu ada kamu.

Sayang,
Aku sedar kita tidak dapat lama bersama,
Panjang usia mu tidak seperti usia ku,
Dirimu ku rangkul erat dalam pelukan,
Saat mengenang ajalmu bakal menjelang,
Sisa hidup mu akan ku penuhi memori indah kita,
aku amat menyintai mu.

Mata bulat mu menjadi sayu, 
Merenungku saat ku melafazkan coretan ini.
MEeiiiaaooowww  meeeiiiiaaaooowww
Begitulah sahut mu,
Seakan mengerti perasaan ku.



Monday, January 10, 2011

Belajar buat blog

Kelas sosiolinguistik hari ini digunakan untuk belajar membuat blog. Tenaga pengajar adalah Shahril Azraf turut merupakan pelajar program pendidikan Bahasa Melayu. Bahasa amat penting digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain. sekiranya bahasa tidak wujud maka penyampaian mesej antara manusai tidak berlaku.