Friday, April 1, 2011

1 Malaysia

Sumbangan Rakyat
Malaysiaku,
Cemerlang, gemilang dan terbilang,
Begitulah slogan Perdana Menteri kita,
Sudah terbukti kebenarannya,
Kerana Malaysia sudah megah,
Dipersada antarabangsa.
 Dalam bidang sukan, teknologi, kemasyarakatan,
Sudah terdapat rakyat Malaysia,
Yang menempah nama memperkenalkan Malaysia
Di pentas dunia.
Begitulah Malaysia,
Yang mempunyai rakyat yang berbakat
Dan istimewa.

Bersatu Kita Teguh
Janganlah kita bergaduh,
Janganlah kita bercerai,
Janganlah kita berdengki dan membenci,
Janganlah bergaduh sesama sendiri,
Janganlah malas maju dan tidak berkerjasama.                                                          
Marilah kita berkawan,
Marilah kita bersama selamanya,
Marilah hormat-menghormati antara satu sama lain,
Marilah kita berganding bahu,
Majukan negara Malaysia.

Cintaimu Malaysia
Aku rindu akan Malaysia,
Aku cinta kasih akan Malaysia,
Tumpah darahku kerana Malaysia,
Hidupku dan tenagaku,
Berkorban demi Malaysia.
Kerana kau Malaysia,
Aku dapat hidup aman,
Tiada takut, tiada gentar,
Berada dalam kandungan bumi Malaysia,
Selamat jasad dan badan ku,
Berkat cintamu dan cintaku,
Yang sejati mewujudkan cinta
Satu Malaysia.

Tuntutan Cintamu
Terdesaknya aku
Terpanggil untuk menyahut,
Seruanmu Malaysia,
Dirimu menuntut tenagaku,
Perit jerihku, pengetahuanku,
Bakatku, kemampuanku,
Untuk memenuhi kehendak mu,
Aku datang kepadamu,
Walaupun aku terpaksa,
Penuhi kehendakmu,
Untuk memajukan dirimu Malaysia.
Ini kerana,
Dalam keterpaksaan aku terpaksa,
Menyintai dan berkorban,
Untukmu negaraku Malaysia.

Sedap dan unik
Aku hendak makan,
Di kedai Melayu,
Di kedai Cina,
Di Kedai India,
Di kedai Bumiputera.
Pilihan makanan pelbagai dalam kedai,
Masakan Melayu, Cina, India, Mamak, Bumiputera,
Peliknya,
Tuan kedai etnik satu,
Masakan macam-macam etnik,

Tapi itulah kelebihan Malaysia,
Pelbagai etnik tetapi hidup berkongsi,
Memahami antara satu sama lain,
Tahu kegemaran masing-masing,
Dan cuba memenuhi kehendak,
Kawan masing-masing dari pelbagai etnik.



                                                                        Nukilan : Setah anak Intai
                                                                                      

Sajak 1 Malaysia

Kekasih ku Malaysia
Malaysia,
Dahulu dirimu tidak cantik,
Apatah lagi terkenal.
Hinggalah muncul perwira,
Yang membentuk peribadimu menjadi jelita.
Malaysia,
Ku bangga denganmu,
Kecantikkan mu terserlah,
Setelah pembangunan semakin menghiasi dirimu,
Semakin hari ku semakin sayang,
Ku bangga menjadi milikmu.
Malaysia,
Dirimu membangun dan mejadi kebanggaan kami,
Kerana berkad usaha,
Yang bergabung membentuk,
Satu Malaysia.







                                                                                    Nukilan :Setah ak Intai
Tiada Ganti
Betapa aku kasih dan sayang pada Malaysia,
Sekiranya dirimu hilang jati diri,
Maka Malaysia ku kenali sekarang
Takkan ada penganti
Di masa depan.
Malaysia,
Kekalkanlah jati diri,
Agar aku kekal mengasihimu,
Malaysia,
Wujud dan bentuklah insanmu
Agar menjadi rakyat yang ada jati diri.
Malaysia,
Semoga dirimu kekal abadi,
Seimbang dengan perkembangan insanmu.








                                                                        Nukilan : Setah ak Intai 

Selamat Diriku
Aku berjalan ke ladang,
Oh ramainya orang India, Melayu
Mereka berkerja sama-sama,
Senyum dan gurau senda
Menghiasi masa kerja mereka.
Aku pergi ke bandar,
Wah sama juga,
Semua etnik bergabung membuat kerja,
Mereka berganding bahu melakukan tugas,
Tawa riang, ramah mesra, senyum tawa,
Mesranya mereka sesama sendiri,
Mereka tetap bersama walaupun berbeza.
Rasanya,
Aku akan selamat,
Walau dimana aku berada di Malaysia ini,
Kerana rakyat Malaysia ramah mesra,
Dan tidak benci membenci yang kuat,
Antara satu sama lain.





                                                            Nukilan : Setah ak Intai 
Hendak Rasa Erti Merdeka
Hendak rasa erti merdeka?
Marilah masuk negara berperang,
Merasa perih jerih orang disitu,
Menuntut sebuah erti kemerdekaan.
Hendak rasa erti merdeka?
Bebakanlah diri dari kesedihan, kegalauan,
Kemarahan, kedengkian dan kebencian,
Wahai insan sekarang,
Cucilah hatimu dengan Clorox,
Agar hati hitammu menjadi putih,
Rendamlah dirimu dengan soflan
Agar dirimu menjadi lembut dan harum,
Di samping semua orang.
Merdeka dapat dirasa,
Jika dirimu bebas dari sengsara
Zahir dan batin.







                                                                        Nukilan : Setah ak Intai (D20081032038)
Selamat pagi Malaysia
Apakhabar Malaysia pagi ini?
Rakyat dan pemimpin sama-sama turun padang,
Mengikuti segala aktiviti yang mengeratkan silaturahim,
Senyum tawa hiasi bibir
Ceria dan makmur negara tercinta.
Bangunku pagi,
Tiada bunyi dentuman yang menakutkan,
Tiada orang menghalang ku berjalan-jalan,
Tiada yang menyebabkan aku gerun,
Untuk menjenguk setiap pelosok,
Negeri di negara Malaysia.
Malaysia tercinta,
Selamat pagi ku ucapkan kepadamu,
Terima kasih kerana menjadikan
Negaraku aman dan damai sentiasa.



                                                                        Nukilan : Setah ak Intai 

PANTUN SATU MALAYSIA


Jika adik pergi ke pasar,
Bawa bersama bakul sayur,
Konsep utama satu Malaysia,
Mengutamakan rakyat merentasi segalanya.

Setelah penat jalan di taman,
Menghirup udara terasa nyaman,
Tujuan utama satu Malaysia,
Perkongsian nikmat secara bersama.

Persekitaran yang indahnya suasana,
Menjadi pilihan semua hidupan,
Tidak mengenepikan pembangunan bumiputera,
Rakyat dan negara mencapai kejayaan.

Matahari terbit terjadinya siang,
Buat kerja jangan khilaf,
Kejayaan Malaysia namanya terbilang,
Mencapai kejayaan yang diiktiraf.

Rajin sungguh anak dara,
Tangan berkerja sungguh tangkas,
Rahsia menjadi pemajmukkan negara,
Rukun Negara menjadi teras.


Bunga mawar untuk si gadis,
Menjadi pengikat bujang dara,
Rukun Negara menjadi teras,
Begitu juga Perlembagaan Negara.

Bendera naik berdiri tegak,
Memberi hormat pada bendera,
Rakyat Malaysia mempunyai hak,
Tanggungjawab kepada kemajuan negara.

Banyak sungguh kambing-kambing,
Berkumpul bersama di pohon rending,
Terdapat lapan nilai utama,
Yang utama hidupkan budaya.

Pasar malam gerai dibuka,
Menjadi tumpuan gerai laksa,
Nilai yang perlu satu Malaysia,
Ketabahan, rendah hati adalah nilainya.

Rajin sungguh menanam bunga,
Bunga ditanam bunga kekwa,
Nilai yang pasti satu Malaysia,
Kesetiaan kepada raja dan negara.



Berjalan bertatih tepian dulang,
Semasa meniti berhati-hati,
Pegangan utama rakyat cemerlang,
Pentingkan pendidikan dan intergriti.

Indah sungguh suasana malam,
Senyap sunyi aman terasa,
Transformasi pengurusan Hal Ehwal Islam,
Meneraju gagasan satu Malaysia.

Anak kecil berteriak suka,
Riang bermain jongkang kongket,
Pegerakan utama satu Malaysia,
Menstruktur semula perpaduan rakyat.

Orang takut hari kiamat,
Jika takut taubat segera,
Meningkatkan nilai kesejahteraan rakyat,
Pegangan konsep satu Malaysia.

Puteri Jawa telah tiba,
Menghadap sembah raja berdaulat,
Semua kita harus bersedia,
Menghadapi segala anasir jahat.



Air kelapa sudah habis,
Menjadi hidangan kepada khalifah,
Anasir jahat harus dibanteras,
Agar negara tidak pecah belah.

Air pasang mudik ke hulu,
Balik nanti airnya surut,
Untuk membentuk negara maju,
Mengambil kira keperluan rakyat.

Hari telah bertukar ganti,
Tidak terasa berlalu masa,
Perlu ditiup semangat generasi,
Untuk berkhidmat kepada Malaysia.

Gembala kambing pergi ke padang,
Ingin menjenguk rumput-rumput,
Mencapai impian yang cemerlang,
Faedahnya kepada seluruh rakyat.

Harimau dikandang sedang mengaum,
Monyet disangkar leka makan,
Utamakan rakyat tidak mengira kaum,
Semua tidak tercicir dari pembangunan.



Elok-elok bergurau senda,
Jagalah santun dan perbuatan,
Semasa kerja jangan leka,
Bertanggungjawab dan berintegriti jadi pegangan.

Pulau Langkawi sungguh damai,
Asal Mahsuri berdarah putih,
Kita janganlah terlalu lalai,
Jadikan pekerajaan sebagai akidah.

Pasangan ombak ialah pantai,
Pantai tempat singgah perahu,
Semua impian akan tercapai,
Jika kita bersatu padu.

Gagak terbang pulang ke benua,
Singgah sebentar kawasan Kalimantan,
Strategi utama penyatuan Malaysia,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Niat hati kahwin putera,
Putera kahwin puteri sahaja,
Ikut arus kemajuan dunia,
Harus ada satu bangsa.



Sunyi sepi suasana hutan,
Burung kedengaran bersiul-siul,
Negara maju, selamat dan aman,
Dapat bersaing negara luar.

Anak Cina main tanglung,
Anak Melayu turut menumpang,
Cita rasa rakyat Malaysia,
Sejajar Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Meliuk lentok bunga lalang,
Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa,
Malaysia menuju segenap bidang,
Disegani oleh seluruh dunia.

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur,
ambil gambar Tugu Negara,
Kita berdiri kita berfikir,
Bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Pergi berdua naik sampan,
Sampan di kayuh menuju muara,
Layani dan penuhi segala keperluan,
Tanpa mengira kaum dan agama.



Daun keladi di timpa hujan,
Air jatuh ke tanah senang,
Pemimpin melayani kehendak dan keperluan,
Setiap etnik masing-masing.

Burung merak menari-nari,
Sebagai tanda menyambut datang,
Wakil rakyat bertindak melepasi,
Sempadan kaum masing-masing.

Pipit di dahan meloncat-loncat,
Melihat perahu telah karam,
Satu Malaysia harmonikan rakyat,
Tanpa mengubah identity kaum.

Masak lepat dibungkus kukus,
Jadi hidangan tetamu kita,
Pemimpin kerajaan menjalankan tugas,
Demi kepentingan rakyat jelata.

Waktu senja masuk hutan,
Ingin mencari banyak buluh,
Sikap penerimaan antara kaum,
Membawa perpaduan yang utuh.



Masak Lombok mesti bersatu,
Agar nampak lebih berseri,
Satu Malaysia amat perlu,
Pemimpin dan rakyat berintergriti tinggi.

Kalau batu campur beras,
Asingkan ea dengan tangan,
Komitmen kita terhadap tugas,
Menjadi senjata ampuh kejayaan.

Bangun pagi terasa malas,
Rezeki masuk jua lambat,
Pemimpin penuh dedikasi dan ikhlas,
Dapat sokongan dan dihormati rakyat.

Ikan kembung digaul kunyit,
Kunyit sebagai penambah rasa,
Negara bangsa lahirkan rakyat,
Punya sikap kesamaan dan kekitaan.

Tsunami datang bawa bencana,
Itulah dugaan bukan sial,
Tiga prinsip satu Malaysia,
Penerimaa, kenegaraan dan keadilan sosial.



Rumah kuat kerana sendi,
Tetapi jangan dibina tepi laut,
Sistem petunjuk utama prestasi,
Pengukur pencapaian perkhidmatan rakyat.

Mari kita tanam halia,
Ambil sedikit buat juadah,
Rahsia untuk kita berjaya,
Kikis sikap mudah mengalah.

Pak Imam perlu disegani,
Menjadi tanduk kebanggaan kita,
Sifat berhemah dan berbudi,
Menjadi amalan hidup kita.

Apalah tanda batang kulim,
Batang kulim rending pokoknya,
Perkara terbaik setiap kaum,
Mendapat penerimaan masyarakat Malaysia.

Berhati-hati merendam kain,
Supaya kain kekal elok,
Kesetiaan akan membina kepercayaan,
Menjalin ikatan dua pihak.



Kalau habuk ada serbuk,
Kalau campak ada tompoknya,
Meritokrasi pastikan mereka layak,
Menjadi pemacu pembangunan negara.

Adik ke sungai leka berenang,
Masuk  waktu berhenti main,
Pendidikan dan pengetahuan prasyarat penting,
Mana-mana negara mencapai kejayaan.

Jika adik ke pasar,
Bawa bersama bakul sayur,
Wahai semua rakyat Malaysia,
Berkorbanlah untuk Malaysia kita.

Buku-buku tersusun berbaris,
Tersusun cantik satu para,
Negeri Malaysia ada empat belas,
Bersatu di bawah satu Malaysia.

Buah saga warnanya merah,
Musimnya tiba bulan November,
Janganlah kita cepat terpengaruh,
Dengan hasutan orang luar.


 Karya Setah Anak Intai

Bagaikan Puteri

Novel Bagaikan Puteri merupakan novel hasil karya novelis thriller nombor 1 di Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid. Beliau anak kelahiran negeri di Bawah Bayu iaitu negeri Sabah dan dilahirkan pada 4 November 1967. Beliau mempunyai kelulusan ijazah B.A (Hons) Communication daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Sekarang beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM di Angkasapuri Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelajar yang cemerlang ketika menuntut di UKM dengan terbuktinya pelbagai anugerah yang diterima beliau daripada pihak universiti.
            Setakat ini, beliau telah memiliki empat anugerah atas kejayaan beliau dalam bidang penulisan. Anugerah-anugerah beliau adalah pemenang kedua Hadiah Sako dan tempat kedua menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah melalui novel Igauan Maut. Novel yang sama juga iaitu novel Igauan Maut sekali lagi terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Negeri Sabah pada tahun 1994/1995. Baru-baru ini beliau telah  menerima anugerah sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis profilik Alaf 21. Novel Bagaikan Puteri pula telah menerima anugerah sastera daripada Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah.
            Kejayaan beliau seperti yang di atas telah menunjukkan kejayaan beliau sabagai seorang penulis untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat pada masa kini. Walaupun beliau dikategorikan sebagai novelis genre thriller, namun beliau dengan berkesan menerapkan mesej-mesej dan unsur-unsur Islam dalam karya beliau. Malahan unsur-unsur dan isu ketuhanan ini telah berjaya diadunkan dengan baik sekali dalam inti pati setiap novel beliau. Sekiranya novel beliau dikaji oleh ahli-ahli sastera, ternyata novel-novel beliau boleh dikelaskan sebagai novel Islami.
1.0                                                   Novel Bagaikan Puteri
Novel ini telah menerima anugerah sastera Sabah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah. Novel ini mengisahkan antara dua insan iaitu Haryani dan Laksamana Sunan yang saling jatuh cinta. Pertemuan mereka telah berlaku dalam satu dimensi yang di luar batas jangkauan manusia, malahan sukar diterima logik akal manusia. mereja daripada zaman yang berbeza, iaitu Haryani daripada Alaf 21 manakala Laksamana Sunan daripada zaman kurun Ke-15. Mereka bertemu di kurun ke-15. Haryani semasa berada di abad tersebut telah terperangkap di antara kebaikan dan kebatilan manusia yang berada disekelilingnya. Perjalanan yang panjang serta dipenuhi ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Laksamana Sunan memendamkan sahaja perasaan mereka terhadap satu sama lain.
            Pada kemuncak ceritanya, Haryani harus membuat pilihan untuk meninggalkan salah satu zaman yang didiaminya. Tambahan pula, Dani merupakan pemuda di alaf 21 telah jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Haryani yang terlantar koma di hospital. Dani berusaha untuk membawa Haryani kembali ke abad 21. Haryani harus membuat pilihan untuk tinggal di abad ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Hal ini kerana tidak ada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Oleh sebab itu, Haryani harus mati antara salah satu  kehidupan tersebut.
            Ternyata jalan cerita ini berada diluar akal logik pembaca kerana menceritakan tentang jasad seseorang itu terlontar jauh ke zaman silam sewaktu koma. Walaubagaimanapun, sesuatu itu boleh berlaku dengan keizinan tuhan yang maha kuasa.  Novel ini seperti mengisahkan mitos tentang kewujudan Laksamana Sunan iaitu watak utama novel tersebut seakan benar-benar wujud sewaktu ketika dahulu seperti mitos kisah Hang Tuah. Hal ini kerana hasil kejayaan penulis mengarap cerita dengan perjalanan cerita yang tersusun dan jelas.

Unsur-Unsur Pembangunan Modal Insan dalam Novel Bagaikan Puteri


Novel ini mempunyai banyak ciri-ciri modal insan yang diterapkan dalam karya tersebut. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam novel tersebut dari sudut ukrawi ialah takwa kepada Allah serta mendirikan solat dan permurah dan bersedia berkhidmat mencari keredhaan Allah. Manakala nilai modal insan dari sudut duniawi ialah menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat, memelihara kehormatan dan maruah diri, celik sejarah dan masyarakat yang mengunakan kepakaran mereka berlandaskan unsur Islam.
              Masyarakat yang Bertakwa Kepada ALLAH
Masyarakat yang bertakwa akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Kemuncak kejayaan dan kebahagiaan bagi orang bertakwa ialah mereka akan dikurniakan kenikmatan syurga oleh Allah di akhirat nanti. Kejayaan yang dimaksudkan tersebut ialah kehidupan mereka yang dilimpahi rahmat oleh Allah dan terbukanya pintu rezeki seluas-luasnya kepada mereka  yang akan membawa kebahagiaan dan ketenteraman hidup walaupun kehidupannya sebagai pejuang sering dihalang dan digaggu gugat oleh musuh-musuh Allah. Orang yang bertakwa kepada Allah ialah orang yang melaksanakan arahan-arahanNya dan meninggalkan tegahan-tegahanNya. Sekiranya kita dapat memenuhi arahanNya maka kita akan mendapat kemenangan, dan keselamatan di duniawi serta akhirat. Pejuang yang bertakwa sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah serta segala dosa dan kesalahannya akan dihapus dan diampunkan oleh Allah.
            Laksamana Sunan merupakan contoh yang terbaik untuk membuktikan kekuasaan orang yang bertakwa kepada Allah. Dia sentiasa mendirikan solat walau dimana dia berada, malahan dalam hutan sekalipun. Malahan semasa membuat pertempuran dengan Laksamana Hang Tuah, dia telah mengajak lawannya mendirikan solat dahulu sebelum meneruskan pertarungan. Kejayaan yang diperolehinya ialah dia mampu mengalahkan semua manusia yang melakukan perbuatan syirik. Selain daripada itu, keluarga Haryani pula turut berdoa kepada tuhan agar Haryani bangkit daripada koma. Masyarakat Acheh dan Melaka pada kurun ke-15 sentiasa menjaga amalan mereka agar tidak terpesong dari akidah.
            Setiap manusia yang mempunyai modal insan harus mempunyai “amalan badan” iaitu keadaan diri yang berada dalam keadaan suci bersih dari segi lahiriah dan dalamannya seperti menjauhi najis-najis, menutup aurat, melakukan sembahyang yang wajib dan sunat, menunaikan zakat, membebaskan hamba abdi, mengamalkan sifat pemurah dalam diri, dan lain-lain amalan lagi. Manakala berkenaan dengan cara pergaulan dan kehidupan seharian dengan orang ramai harus mengikuti jama’ah Muslimin, mentaati waliyulamri, mendamaikan mereka yang berkelahi tolong menolong, mengamalkan aturan-aturan jenayah berat mengikut Islam, melakukan jihad dan melarang perkara-perkara yang mungkar.
  Sedia Berkhidmat Mencari Keredhaan ALLAH
Seluruh ahli agama dan ulama seseungguhnya menegaskan ilmu adalah penting untuk dituntut di dunia ini. Ulama Islam seperti Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun mengkehendaki supaya ahli-ahli ilmu perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ilmu mereka. Ilmu merupakan kepentingan kepada semua orang. Hal ini kerana ilmu akan membantu ahli-ahli ilmu atau orang yang berpelajaran akan berkhidmat dengan baik dalam bidangnya disamping mendekatkan diri dengan Tuhan. Disamping itu, mereka mengunakan kepakaran mereka untuk membantu sesama umat manusia begitu yang di minta oleh Tuhan.
Semasa menjadi anak angkat kepada Wali Sufi, Laksamana Sunan mendalami ilmu agama dan silat untuk membantu sesama umat. Misalnya Laksamana Sunan telah berjaya membunuh Beragas yang telah membunuh banyak gadis sunti untuk menambahkan kuasanya penyembah syaitan. Walaupun Laksamana Sunan telah kehilangan kawan yang sama-sama berjuang dengannya telah meninggal dunia di bunuh manusia penyembah syaitan, dia tidak mudah lemah semangat untuk meneruskan perjuangan menentang kejahatan yang bermajarajalela. Sesungguhnya ilmu yang mendalam tentang ilmu agama Islam telah menjadi Laksamana Sunan seorang yang berjaya dalam hidup dia untuk menentang kejahatan.
Selain daripada mengunakan ilmu yang ada dalam diri untuk membantu masyarakat, konsep yang lebih mudah difahami untuk menerangkan berkhidmat kepada Tuhan ialah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita perlu dijalankan dengan baik mengikut ajaran agama masing-masing. Berkhidmat kepada Tuhan dengan dimulai dengan ibadat setiap masa, menjadi pendidik  ilmu kepada setiap orang, menjadi penuntut ilmu, menjadi penjaga kepada ahli keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat. Apabila setiap orang menjalankan tugas mereka dengan baik, maka hasil yang diperolehi semesti dapat dirasai oleh semua orang disekelilingnya. Oleh itu tugas yang dijalankan mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin mengikuti batas-batas agama. Mengikut Ramlee Awang Murshid, seseorang yang berjuang atas nama ALLAH ialah mematuhi perintah ketua yang berjuang atas nama ALLAH seperti dalam petikan dibawah.





“Tidak sekali-kali tuan hamba. Kita dianjurkan mematuhi perintah seorang ketua yang benar-benar berjuang kerana ALLAH. Pemerintah yang adil adalah pemerintah yang melaksanakan undang-undang berlandaskan kehendak ALLAH. Membunuh sahabat sendiri Hang Jebat dan menyerahkan Tun Teja yang dicintai bukan satu ketaatan tapi tindakan seorang dayus yang mengaku sebagai pahlawan Melaka.” Kata-kata Laksamana Sunan membuatkan Hang Tuah hilang kawalan.
(Bagaikan Puteri:423)
Laksaman Sunan merupakan pejuang atas nama Allah iaitu dia membantu orang ramai yang bermasalah seperti diganggu orang minyak, penyembah Syaitan, hantu pemenggal kepala dan orang mengamuk. Sesungguhnya Laksamana Sunan atau Saifudin sedia berkhidmat untuk membentuk seseorang menjadi insan yang berguna sebelum menjatuhkan hukuman. Selain itu, Dani pula bertugas menjadi pensyarah setelah menamatkan pelajarannya di luar negara. Manakala Haryani telah kembali ka alaf 21 setelah lama terlontar jauh ke abad 15 untuk menjalankan tugas sebagai seorang anak kepada Amnah dan Latif. Kesetiaan Laksamana Hang Tuah dan Tun Mutalib menjalankan perintah Sultan walaupun tanpa kerelaan hati. Orang Kaya Seman dan Penghulu Jalis telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi penghulu yang berkaliber walaupun pelbagai masalah menimpa kampung mereka. Terdapat banyak lagi contoh watak yang menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang berkhidmat atas nama Allah dengan menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.
Secara rumusannya apabila manusia mengamalkan nilai sedia berkhidmat kerana Allah sudah pasti dalam hati mereka penuh dengan nilai-nilai positif yang memberi manfaat kepada manusia desekelilingnya itu.

       Menjauhi Perbuatan dan Perkataan yang Tidak Bermanfaat
Tuntutan agama Islam merupakan menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat serta memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam telah mensyariatkan hukum halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Justeru setiap Muslim wajib memelihara halal dan haram dalam setiap perkara. Misalnya dalam pemakanan Muslim harus memberi perhatian kepada makanan yang dimakan agar benda haram tidak masuk ke dalam tubuh mereka seterusnya menjadi daging mereka. Hal ini kerana daging yang tumbuh daripada sumber yang haram maka api nerakalah menjadi tempatnya di akhirat. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi perkara haram yang lain perlu diberi perhatian kerana  perkara yang diharamkan selain pemakanan amat luas dan banyak. Contohnya meliputi gaya hidup, perbuatan, persepsi dan pandanan asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
            Allah telah mengharamkan syirik iaitu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah. Syirik bukan setakat menyembah sesuatu selain daripada Allh tetapi juga mempunyai sifat takabur dan riak.  Takabur bermaksud membesarkan dan mengagungkan diri sendiri sesungguhnya hanya Allah mempunyai kelebihan tersebut bukan manusia. manakala riyak pula bermaksud menunjuk-nunjukkan perbuatan yang tidak baik agar dilihat dan dipuji oleh orang lain sedangkan apabila dia bersendirian dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
Dalam novel Bagaikan Puteri terdapat masyarakat pada zaman dahulu di Aceh dan di Melaka amat tidak menyukai orang yang mengamalkan amalan syirik kerana amalan ini boleh merosakkan keharmonian masyarakat di situ. Antara manusia yang mengamalkan perbuatan syirik ini ialah Beragas, Nyi Burga Kelara, Purba Hitam, Ratu Sulaman dan Maharani yang menyembah selain daripada Allah untuk mendapat kuasa. Laksamana Sunan sebagai pejuang membanteras segala perbuatan syirik tersebut untuk mewujudkan keselamatan di kalangan masyarakat setempatnya.
            Disamping itu, Allah juga mengharamkan beberapa persepsi dan pandangan yang haram. Persepsi dan pandangan yang haram seperti berprasangka buruk terhadap orang lain, menuduh orang lain dengan tuduhan palsu, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Tujuan untuk mengharamkan perbuatan tersebut adalah untuk memelihara kerukunan hidup umatnya atau dengan erti kata lain ialah memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang sia-sia sama ada melalui perbuatan mahupun perkataannya. Malahan tidak ada perkataan dan amalan yang lebih baik di sisi Allah melainkan perkataan dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Laksamana Sunan merupakan insan yang menunjukkan budi pekerti yang tinggi sehingga orang yang berada disekelilingnya menghormati dia termasuklah Laksamana Hang Tuah yang mengingkari perintah sultan supaya membunuh beliau. Di samping itu pelbagai lagi kisah yang boleh menjadi tauladan seperti kejadian orang minyak yang menyebabkan ayah Laksamana Sunan dituduh menjadi orang minyak.
        Penjelasan di atas menunjukkan bahawa kewajipan setiap Muslim bukan setakat memelihara makan minumnya daripada sumber yang haram, malah Muslim juga wajib memelihara segala perbuatannya, persepsinya, kelakuannya dan pandangannya daripada perkara yang haram. Perlulah diinsafi bahawa Allah mengharamkan beberapa cara dan gaya kehidupan asing serta perbuatan keji adalah untuk memelihara Muslim dan kesejahteraan masyarakat agar dapat hidup dengan harmoni dan sentosa. Malahan Islam menyusun adab-adab kehidupan umatnya berlangsung dengan gemilang dan terhormat. Sesungguhnya sifat yang ada dalam diri Laksamana Sunan begitu luhur hingga tidak nampak cacat celanya dalam bertutur serta perbuatannya setelah menjadi wali sufi.
              Memelihara Kehormatan dan Maruah Diri
Maruah diri amat penting bagi seseorang yang bergelar insan. Setiap orang perlu menjaga maruah diri dan agama masing-masing serta saling menghormati, mempertahankan dan memperjuangkan perkara tersebut. Menjaga maruah bukan setakat menjaga maruah diri sendiri tetapi menjaga maruah orang lain juga. Kita tidak harus membuatkan seseorang itu jatuh air muka akibat perbuatan kita, hal ini akan menyebabkan pelbagai perkara yang tidak ingini akan berlaku. Perkara yang berlaku seperti orang tersebut berdendam, rendah diri, bermasam muka dan sebagainya yang negatif. Walaubagaimanapun, sesuatu yang buruk berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya seperti yang berlaku dalam novel Bagaikan Puteri.  
            Laksamana Sunan semasa remaja telah dituduh melakukan perbuatan sumbang tanpa usul periksa, dia juga dihukum oleh ayahnya sendiri sebagai penghulu masa itu. Tindakan ayahnya pada masa itu telah membuatkan Laksamana Sunan berjauh hati dengan ayahnya menyebabkan dia merantau jauh sehingga pernah menjadi hamba abdi di atas kapal sebelum berjumpa dengan Wali Sufi. Setelah mendalami ilmu agama dengan Wali Sufi, Laksaman Sunan telah kembali ke Tanah Melayu untuk menjalankan kewajibannya sebagai anak menjaga kebajikan keluarganya setelah lama ditempat orang. Peristiwa tersebut telah menunjukkan bahawa sesuatu peristiwa membawa hikmah tersendiri. Oleh sebab itu tidak boleh menjatuhkan air muka orang kerana tuah ayam nampak ditaji, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
            Seterusnya kita harus menghindarkan diri terjebak dengan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri dan orang lain. Misalnya jangan menginginkan lelaki lain selain daripada suami sendiri yang boleh menyebabkan seseorang itu lalai dalam perbuatannya serta murka dengan tindakan tersebut. Melor merupakan kekasih Laksamana Sunan sewaktu remaja dahulu masih menyintai Laksamana Sunan walaupun sudah bersuami, walaubagaimanapun Laksamana telah menyedarkan perbuatan Melor tersebut adalah berdosa.
“Kalau begitu, berlindunglah pada ALLAH dari syaitan dassim yang laknat.” Laksamana Sunan memberi nasihat. Sesungguhnya syaitan bernama dassim antara anak kesayangan iblis laknatullah. Zuriat terkutuk hasil perkongsian hidup iblis dengan seekor jin betina. ... memerangai manusia agar ALLAH memasukkan golongan fasik ini ke tempat jahanam.
(Bagaikan Puteri : 361)
            Sekiranya titipan penulisan tersebut diamalkan oleh masyarakat kini sudah pasti segala gejala sosial tidak berlaku kerana semua rakyat mempunyai pendoman dalam kehidupan mereka semasa melakukan sesuatu perbuatan.
5.5       Masyarakat Celik Sejarah
Celik minda bermaksud berlakunya proses berfikir yang menyebabkan manusia menjadi tahu akan sesuatu yang menjadi asas kepada maklumat dan ilmu. Walaubagaimanapun tidak semua maklumat berstatus ilmu tetapi setiap ilmu mengandungi maklumat. Manusia yang ingin mengetahui sesuatu yang ada di sekitarnya merupakan manusia yang bersifat ingin tahu atau celik minda. Manakala celik sejarah pula bermaksud bersifat ingin tahu tentang sejarah bangsa masa lampau. Dalam novel ini penulis mengambarkan suasana masyarakat zaman kegemilangan Acheh dan Melaka yang terkenal zaman dahulu serta melibatkan mitos Hang Tuah, Tun Teja, dan Sultan Mahmud.
            Mantan perdana menteri Datuk Seri Mahathir Mohamad dahulu telah mengingatkan bahawa rakyat perlu membaca, mempelajari dan meneladani sejarah bangsa masa lampau. Sejarah mengandungi prinsip iaitu ‘teladan’ dan ‘keputusan’. Sejarah yang mempunyai teladan yang harus mengandungi elemen yang difikirkan secara teliti dan difahami dalam konteks yang lebih mendalam dan bukan setakat cerita penglipur lara atau sekadar bahan kenang-kenangan tetapi hakikatnya sejarah itu membawa manusia mengenali akan alam jati dirinya. Teks sejarah yang lampau seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa sekadar menyatakan beberapa sahaja unsur mitos, legenda dan dongeng. Haryani merupakan insan yang terlontar jauh kezaman kurun ke-15 telah memberitahu dengan tegas sebab kejatuhan zaman Melaka kepada Sultan Mahmud yang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya Melaka jatuh ke tangan Potugis pada tahun 1511.
Ditengah-tengah kepesatan pembangunan pada masa ini, masyarakat diingatkan kembali kepada sejarah. Bangsa Melayu yang bangga dengan keagungan zaman Hang Tuah yang hingga kini menjadi tiupan semangat orang Melayu menerokai dunia ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’. Dalam novel Bagaikan Puteri, penulis turut menyelitkan kisah Hang Tuah pada Zaman Melayu Melaka pada zaman dahulu. Penulis telah mengarap cerita keadaan zaman Melaka pada masa itu dengan berkesan sekali sehingga pembaca merasakan kewujudan Laksaman Sunan benar-benar wujud bersama-sama Hang Tuah. Malahan sikap Sultan Melaka telah memberi banyak pedoman agar tidak dicontohi oleh masyarakat pada masa kini. Novel ini telah menyelitkan sejarah zaman dahulu menyebabkan pembaca dapat mendapat ilmu tentang sejarah disamping mendapat hiburan semasa membaca.
     Masyarakat yang Mempunyai Kepakaran dan Mengikuti Ajaran Agama
Rakyat atau individu yang mendiami sesebuah sempadan yang telah ditetapkan merupakan aset yang penting memajukan sesebuah negara. Segala pembangunandan kemajuan yang dicapai berdasarkan sumbangan yang telah dilaburkan oleh rakyat untuk negara tersebut. Terdapat pembahagian dalam organisasi tersebut untuk menguruskan segala pelaburan yang telah dibuat oleh semua rakyat. Terdapat orang yang menguruskan pelaburan tersebut, terdapat juga yang melaksanakan segala yang telah diaturkan dan terdapat juga sebahagian insan yang bertugas mengawal perlakuan setiap insan yang menjalankan tugas mereka agar perkara yang tidak diigini berlaku.
Sekiranya insan yang melaksanakan sesuatu tugas tersebut mempunyai nilai yang tinggi maka pulangan yang diperolehi setiap pelabur atau rakyat yang berada di kawasan sempadan tersebut akan menerima habuan yang setimpal dengan sumbangan mereka. Oleh itu setiap insan yang menguruskan sesuatu hal atau bahagian perlu telus dalam tugasan mereka. Hal ini kerana, sekiranya insan yang bertugas tersebut baik dan berkualiti, maka perancangan, pelaksanaan dan natijah akan baik juga dalam sempadan tersebut. Segala kepakaran yang ada pada mereka perlulah digunakan di atas jalan ALLAH untuk mendapat keredhaanNYA.
 Organisasi tersebut dapat dilihat pada zaman pemerintahan Melaka iaitu zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Baginda sultan Melaka mempunyai pekerja ynag sangat taat kepada perintah baginda walaupun permintaan baginda tidak logik dan keterlaluan. Misalnya mengatur pertarungan antara Laksamana Sunan dan Hang Tuah yang hanya merugikan negeri sahaja kerana sekiranya dua tenaga ini bergabung menjaga keamanan Melaka lebih berbaloi daripada menyuruh mereka bergabung. Sebagai pengurus yang berkaliber, Sultan Melaka perlulah berfikir secara bijak untuk mengatur segala sumber yang ada dalam negeri tersebut. Selain daripada kesetiaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Tun Mutalib dan Hang Tuah kepada negeri dan raja sekiranya diamalkan pada masa kini amat penting untuk memajukan sesebuah negara.
Seorang pemimpin harus mempunyai kepakaran dalam memimpin sesebuah negara yang menjadi tanggungjawabnya. Pemimpin harus memiliki pemikiran yang berwawasan dan sifat keterbukaan terhadap segala perubahan persekitaran dan tututan semasa serta proaktif kepada realiti mendatang.