Friday, January 28, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Cuti  sempena perayaan saudara kita yang berbangsa Cina sudah tiba. Pelajar yang bukan bangsa Cina turut menumpang perayaan ini dengan bercuti bersama keluarga. Apabila sudah menjelang perayaan ada juga yang turut berkunjung ke rakan taulan yang menyambut perayaan Tahun baru Cina ini.Begitulah perayaan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai perayaan. Sudah menjadi kewajipan semua rakyat Malaysia saling tumpang menumpang memeriahkan perayaan masing-masing. Bangga menjadi rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum tetapi tidak pernah pernah peperangan kaum lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969. Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada pemimpin negara yang bersusah payah membentuk keamanan ini. 
Ternyata usaha kerajaan menetapkan  bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sangat berkesan untuk membina negara bangsa. Peranan pihak kerajaan untuk mempertahankan bahasa ini terus bertahan dalam kalangan rakyat Malaysia harus dijalankan dengan sebaik mungkin.
Apabila semua rakyat Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan lancar maka interaksi antara rakyat Malaysia menjadi akrab. Hal ini kerana mereka tidak berasa kekok untuk berbual dan dapat berkongsi pemahaman dengan lebih baik. Apabila mereka sudah saling memahami mereka tidak mudah melenting apabila terjadi sesuatu yang salah faham dan membawa masalah tersebut ke meja perbincangan. Terdapat banyak lagi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukkan negara bangsa di Malaysia.

Tuesday, January 25, 2011

Aku tidak Sendiri

Setiap manusia inginkan perhatian daripada orang lain. Oleh sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekelilingnya untuk memberi perhatian kepadanya. Salah satu cara adalah mengunakan tutur bicara yang baik dan sedap didengar selain daripada mempamerkan tingkah laku yang baik dnan sopan.sekiranya budi bicara kita baik dan menyenangkan perasan orang sekelilingnya sudah pasti kita menarik perhatian semua orang. Orang akan senang hati disamping kita dan perhatian yang berlebihan akan kita perolehi. 
Untuk menarik perhatian orang salah satu cara yang paling mudah dan mujarab ialah sentiasa senyum. senyum membuatkan muka seseorang itu kelihatan manis dan mendamaikan hati sesiapa yang memandangnya. Orang lain tidak akan rasa takut dan was-was untuk menyapa kita kembali setidak-tidaknya balasan senyuman akan kita terima. selain daripada itu senyum selalu akan membuatkan kita hingga tekanan. 
walaubagaimanapun janganlah kita senyum tanpa bersebab da tidak kena pada tempatnya. misalnya seorang gadis sekiranya asyik senyum pada sesiapa termasuk lelaki yang tidak dikenali boleh menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku. kemungkinan orang itu bersangka buruk dan mengambil kesempatan ke atas gadis itu. Senyum berpada-pada dan jangan mahal untuk senyum. Senyum merupakan bahasa bukan lisan yang digunakan untuk mengambarkan seseorang itu ingin berkawan dan mesra dengan anda semua. Jadi senyum dan maniskan muka anda semua..
(^_^).....

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Saya ingin mengajak pembaca untuk menyelami peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dapat dibuktikan apabila bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejurutaraan, kedoktoran dan undang-undang disamping sastera dan agama.
Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden. Misalnya bidang kejuruteraan, bahasa Melayu ini mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. selain itu contoh juga dapat dilihat apabila bahasa Melayu mempunyai laras bahasa yang tepat untuk memperkatakan bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan dan banyak lagi bidang perubatan yang lain. Walaubagaimanapun menurut Nik Safiah karim laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. 
Bahasa ini untuk menjadi bahasa ilmu yang cemerlang bukan mudah. Bahasa ini perlu menempuh pelbagai cabarab untuk diiktirafkan sebagai bahasa ilmu. Oleh sebab peranan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan maka secara tidak langsung bahasa ini turut menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah Malaysia. Bahasa ilmu perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar penyampaian ilmu berjalan dengan lancar kepada semua lapisan masyarakat. 

MicroTeaching

Hari ini merupakan pembentangan tentang "microteaching" untuk kursus universiti. Kami mengunakan kemahiran papan hitam/putih untuk mengajar. Semasa kami mengaplikasikan kemahiran ini dikelas terdapat juga kawan-kawan yang lain bertindak untuk memberi komen tentang cara kami membentang. Semasa mengajar saya mengunakan sub kemahiran mengunakan simbol seperti anak panah untuk menunjukkan jalan cerita cerita "Kasut Kelopak jantung. Selain itu saya juga menggunakan frasa atau ayat ringkas semasa menulis dan mengunakan penunjuk untuk menerangkan perkara yang saya catatkan di papan putih. 
Peranan penggunaan bahasa semasa mengajar amat penting untuk memudahkan pelajar faham berkaitan dengan perkara yang ingin diajar. Sekiranya cikgu tidak menguasai bahasa ilmu dengan cekap maka penerangan tidak boleh berjalan dengan lancar. Bahasa ilmu di negara kita adalah Bahasa Melayu. Oleh sebab itu para cikgu perlu menguasai bahasa ini dengan baik agar murid-murid cepat faham apabila penerangan mengunakan bahasa yang semua murid faham. Walaupun terdapat murid yang tidak memahami bahasa Melayu dengan baik mereka sekurang-kurangnya mengunakan serba sedikit bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka selagi mereka menjadi rakyat Malaysia. Maka bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dalam negara kita berbanding dengan bahasa lain. 
Selain daripada penguasaan bahasa Melayu dengan baik, para cikgu juga perlu menguasai bahasa simbol untuk memudahkan penerangan pelajar. Selain daripada itu juga cikgu dapat menjimatkan masa dan ruang untuk menerangkan pembelajaran mereka apabila simbol digunakan. Simbol dan bahasa badan turut dikategorikan sebagai bahasa kerana bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Oleh sebab itu cikgu-cikgu yang budiman perlu menguasai bahasa dengan baik. 

Novel "Intelok"

Hari ini menghadiri seminar yang membincangkan tentang novel "Intelok". Seperti yang sedia maklum novel ini telah mencetuskan isu yang paling hangat sehingga menyebabkan perbalahan antara pelbagai pihak. Hari ini saya mendengar pendapat-pendapat setiap pendiskusi berkaitan dengan mempertahankan agar teks asal novel ini tidak diubah mengikut kehendak pihak yang membangkang agar novel ini tidak menjadi teks wajib sastera di sekolah. Pendiskusi pada hari ini ialah En Halim Ali dengan Prof Mana Sikana yang kedua-duanya mempertahankan agar teks asal tidak digubah untuk menjadi edisi pelajar di sekolah. Perkataan yang menimbulkan ketidakpuasan hati kaum India ialah tentang "perbezaan kasta" dalam novel tersebut. 
Saya terfikir bahawa perkataan yang pendek sahaja boleh menyebabkan perbalahan yang besar dalam sesebuah masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa bahasa amat penting dalam menyatupadukan masyarakat selain daripada itu dapat memecahbelahkan sesebuah masyarakat. Ketidakfahaman semua lapis masyarakat tentang sesuatu perkara menyebabkan mereka berbeza pendapat. Apabila sudah berbeza pendapat mereka pula cenderung untuk menegakkan pendapat masing-masing. Medium yang digunakan untuk menegakkan pendapat masing-masing sudah semestinya melalui bahasa sebagai bahan perantaraan untuk menyampaikan buah fikiran masing-masing.
Bahasa memainkan peranan yang amat penting untuk menyatukan masyarakat dalam sesebuah negara tambahan lagi negara yang mempunyai pelbagai etnik didalamnya. Penyalahgunaan bahasa untuk kepentingan peribadi adalah tidak patut dilakukan oleh masyarakat yang budiman. Mereka perlu membuka minda dan  mendengar penjelasan semua orang tentang sesuatu perkara dan tidak bertindak melulu. Apabila seseorang dikawal oleh emosi maka segala tingkah laku dan tutur bicaranya juga mengikut emosi dan tidak rasional di mata orang lain.

Friday, January 21, 2011

Awang Sariyan

Hari ini menghadiri seminar yang berkaintan dengan sosiolinguistik. Penceramah yang tidak asing dan merupakan pemikir bahasa yang sangat popular menjadi penceramah wajib dalam seminar ini. Terdapat pelbagai isu-isu tentang bahasa yang dibincang oleh beliau dalam ceramah beliau ini.

Thursday, January 20, 2011

Drama

Sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog saya atau kepada pengimbas blog saya sahaja. semoga baik-baik selalu. Hari ini merupakan cuti am jadi tidak ada kelas. Perkara yang menarik perhatian saya kali ini ialah penulisan skrip drama.
Saya ditugaskan untuk menulis skrip drama untuk pementasan yang akan datang. Saya mencadangkan kepada kawan saya agar kami mengunakan zaman penjajahan British sebagai latar untuk drama kami. Saya berminat untuk membuat pementasan ini kerana mengimbas kembali kesusahan rakyat zaman penjajahan dahulu. Mereka tidak bebas di tanah sendiri.
Bilangan babak yang dicadangkan hanya empat sahaja. Situasi yang ingin dibuat sudah digambarkan tetapi untuk mewujudkan dialog yang mengambarkan peristiwa masa itu tidak dapat saya fikirkan lagi. Saya tidak dapat menyusun peristiwa tersebut dengan baik kerana tidak ada idea. Tambahan pula saya tidak ada pengalaman lagi dalam penulisan skrip ini. Walaubagaimanapun saya memang berminat dalam bidang penulisan tidak melepaskan peluang ini untuk mengaut pengalaman membina skrip drama.
Kepada kawan-kawan yang ingin menyumbangkan idea dipersilakan untuk membantu saya.
Babak 1 : Mengambarkan penduduk disebuah kampung yang kecoh melihat notis kenaikan cukai oleh British.
Babak 2 : Perbincangan di rumah ketua kampung.
Babak 3 : Rundingan bersama penasihat British.
Babak 4 : Pengumuman penurunan cukai.